Al-Andalus: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 9:
Al-Andalus dibahagikan kepada lima unit pentadbiran berikutan penaklukan Hispania oleh [[Kerajaan Bani Umayyah|Kekhalifahan Umayyah]] yang lebih kurang sepadan dengan [[Andalusia]], [[Galicia (Sepanyol)|Galicia]] and [[Portugal]], [[Castile (daerah sejarah)|Castile]] dan [[Kerajaan Leon|Leon]], [[Aragon]] dan [[Catalonia]], dan [[Septimania]].<ref>[[Joseph F. O'Callaghan]], ''A History of Medieval Spain'', Cornell University Press, 1983, p.142</ref> Sebagai domain politik, ia berturutan menjadi wilayah [[Kerajaan Bani Umayyah|Kekhalifahan Umayyah]], diasaskan oleh Khalifah [[Al-Walid I]] (711–750); [[Amiriah Cordoba]] (c. 750–929); Pemerintahan [[Khilafah Cordoba|Kekhalifahan Cordoba]] (929–1031); dan kerajaan-kerajaan ''[[taifa]]'' (pengganti) Kekhalifahan Cordoba. Pemerintahan di bawah kerajaan-kerajaan ini menyaksikan peningkatan pertukaran budaya dan kerjasama di antara orang Islam dan Kristian. Di bawah Kekhalifahan Cordoba, Al-Andalus menjadi pusat pendidikan, dan bandar [[Cordoba]] menjadi satu daripada pusat budaya dan ekonomi termaju dalam [[dunia Islam]] dan [[Lembangan Mediterranean]].
 
Dalam kurun-kurun berikutnya, Al-Andalus menjadi wilayah dinasti Islam [[Berber]] [[Al-Murabitun]] (''Almoravid'') dan [[AlmohadAl-Muwahhidun]] (''Almohad''), dan kemudiannya berpecah menjadi beberapa negeri-negeri kecil, yang termasyhurnyatermasyhur di antaranya [[Amiriah Granada]]. Selepas membantu mematahkan serangan [[Alfonso VI]] ke atas wilayah itu, pihak AlmoravidAl-Murabitun, dengan sokongan penduduk tempatan, telah berjaya menjatuhkan raja-raja Islam taifa lain. Dikatakan pertukaran budaya dan sosial (dengan pihak Kristian) merosot di bawah pemerintahan AlmoravidAl-Murabitun dan AlmohadAl-Muwahhidun.
 
Dalam sebahagian besar tempoh kewujudannya, Al-Andalus bersengketa dengan kerajaan-kerajaan [[Agama Kristian|Kristian]] di utaranya yang pada akhirnya berjaya mengalahkan jiran Muslim mereka. Dalam tahun 1085, [[Alfonso VI dari Leon dan Castile]] menawan [[Toledo]], satu peristiwa yang menjadi detik permulaan kemerosotan pemerintahan Islam sehinggalah dengan kejatuhan [[Cordoba]] dalampada tahun 1236, [[Amiriah Granada]] menjadi wilayah tunggal Islam di dalam apa yang disebut sebagai [[Sepanyol]]. ''[[Reconquista]]'' [[Portugis]] berakhir dengan penaklukan [[Algarve]] oleh [[Afonso III]] dalam tahun 1249. DalamPada tahun 1238, Amiriah Granada dengan rasminya menjadi [[negeri ufti]] atau negeri vasal kepada mahkota [[Castile|Kerajaan Castile]]<!--'Kingdom of Castile' nomenclature refers to another era-->, yang pada masa itu diperintah [[Ferdinand III dari Castile|Ferdinand III]]. Akhirnya pada Januari 2, 1492, [[Muhammad XII dari Granada|Amir Muhammad XII]] menyerahkan Amiriah Granada kepada Ratu [[Isabella I dari Castile|Isabella]], yang bersama-sama suaminya [[Ferdinand II dari Aragon|Ferdinand II]] dikenali sebagai "[[Raja-raja Katolik]]." Penyerahan kalah ini mengakhiri kewujudan Al-Andalus sebagai satu entiti politik kendatipun beberapa aspek pemerintahan Islam masih terdapat di wilayah tersebut.
==Etimologi==
Baris 28:
[[File:Península ibérica 750.svg|225px|thumb|left|Wilayah Al-Andalus, c.720 CE]]
 
Dalam tempoh pemerintahan Khalifah [Umayyah] [[Al-Walid I]], panglima Berber [[Tariq ibn Ziyad]] mengetuai angkatan kecil yang mendarat di [[Gibraltar]] pada April 30, 711, kononnya untuk campur tangan dalam perang saudara [[Visigoth]]. Selepas kemenangan muktamad ke atas [[Roderic]] di [[Pertempuran Guadalete]] pada Julai 19, 711. Tariq ibn Ziyad, bersama-sama gabenor Arab [[IfriqiyaIfrikiyya]], [[Musa ibn Nusayr]], menakluk sebahagian besar negeri [[Visigoth]] selepas menjalankan kempen peperangan selama tujuh tahun. Mereka menyeberang banjaran [[Pyrenees]] dan menakluk [[Septimania]], wilayah VisgothVisigoth di selatan Perancis.
 
Sebahagian besar semenanjung Iberia menjadi wilayah pemerintahan [[Kerajaan Bani Umayyah|Umayyah]] yang disebut ''Al-Andalus''. Wilayah yang ditakluk diatur sebagai wilayah di bawah kuasapengelolaan [[Ifriqiya]]Ifrikiyya; justeru, dalam dekad-dekad awal, [[Senarai Gabenor Umayyah Al-andalusAndalus|gabenor-gabenor Al-Andalus]] dilantik oleh amirAmir di [[Kairouan]] dan bukannya Khalifah di [[Damsyik]]. Ibu negeri wilayah terletak di [[Cordoba]], dan anak tanah jajahan terawal bertaburan di beberapa tempat - kolonis atupun peneroka [[Arab]] ditempatkan di bahagian selatan dan timur, sementara peneroka [[bangsa Berber|Berber]] ditempatkan di bahagaian barat dan tengah. Pembesar-pembesar Visigoth yang tunduk kepada pertuanan Islam dibenarkan mengekalkan tanah feudal masing-masing (terutamanya di Murcia, Galicia dan Lembah Ebro). Visigoth yang menentang berlindung di tanah tinggi [[Cantabria]], di mana mereka menubuhkan kerajaan [[Asturias]] negeri pemerintahan saki-baki Visigoth.
 
Dalam tahun 720-an, gabenor-gabenor Al-Andalus melancarkan beberapa pencerobohan ''sa'ifa'' terhadap [[Aquitaine]]. Duke [[Odo Agung]] dari Aquitaine merayu kepada [[Charles Martel]] datuk bandar [[Frank|bangsa Frank]], agar membantu dan menawar untuk meletakkan dirinya di bawah kedaulatan '' Carolingian''. Charles Martell mengalahkan pasukan penceroboh Al-Andalus dalam [[Pertempuran Tours|Pertempuran Poitiers]] pada tahun 732. Dalam tahun 734, Al-Andalus melancarkan serangan ke arah timur, menawan [[Avignon]] dan [[Arles]] serta menakluki sebahagian besar wilayah [[Provence]].Pada tahun 737, mereka merentasi lembah [[Rhone]], sejauh wilayah [[Burgundy (region)|Burgundy]]. Charles Martel dengan bantuan Raja [[Liutprand, King of the Lombards|Liutprand]] dari [[Lombard]], menyerang Burgundy dan Provence dan mengusir para penceroboh dalam tahun 739.