Al-Andalus: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 36:
[[File:Mosque of Cordoba Spain.jpg|thumb|left|300px|Ruang dalam [[Katedral-Masjid Córdoba|Katedral Cordoba]], sebelumnya [[Katedral-Masjid Cordoba|Masjid Agung Cordoba]]. Katedral merupakan contoh seni bina Islam dalam gaya Umayyah yang terunggul. Sebuah masjid dibina di atas tapak basilika (gereja) ''Saint Vincent'' Visigoth Kristian dalam tahun 742 CE. Bangunan kemudiannya ditakluk kembali sebagai ''Catedral de Nuestra Señora de la Asunción'' Kristian dalam tahun 1236 CE.]]
 
Cabaran daripada pihak [[Kerajaan Bani Abbasiyyah|Abbasiyyah]] di timur empayar mengalih perhatian Khalifahkhalifah-khalifah Kekhalifahan Umayyah (di Damsyik) dan dengan itu wilayah-wilayah Islam di bahagian barat, Maghreb dan Al-Andalus, terabai. Bermula dari tahun 745 CE, puak [[Fihri]], merampas kuasa di wilayah-wilayah barat dan memerintah seolah-olah empayar persendirian keluarga — [[Abd al-Rahman ibn Habib al-Fihri]] di Ifriqiya dan [[Yusuf ibn Abd Al-Rahman Al-Fihri|Yusuf Al-Fihri]] di alAl-Andalus. Puak Fihri mengalu-alukan kejatuhan Umayyah di timur dalam tahun 750, dan mencuba mendapatkan persefahaman dengan pihak Abbasiyyah dengan harapan mereka dapat mengekalkan pemerintahan di barat. Namun, Kekhalifahan Abbasiyyah menolak cadangan itu dan sebaliknya menuntut Fihri berserah kepada mereka. Dengan itu pihak Fihri telah mengisytiharkan kemerdekaan dan menjemput (mungkin kerana ingin menyakitkan hati Abbasiyyah) saki-baki Umayyah yang telah dijatuhkan untuk berselindung di tanah-tanah jajahan mereka. Keputusan bersejarah itu kemudiannya membawa padah kerana sebagai anak dan cucu para khalifah, tuntutan pertuanan pihak Umayyah lebih kuat daripada pihak Fihri. Pembesar-pembesar tempatan yang tawar hati dengan pemerintahan autokratik Fihri berkomplot dengan pihak Umayyah yang berada dalam buangan untuk merampas kuasa daripada pihak Fihri.
 
== Amiriah Umayyah dan Kekhalifahan Cordoba ==