Pemerintahan Ganas: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Mencipta laman baru dengan kandungan '<!-- {{About|the Reign of Terror in the French Revolution}} --> [[Fail:Robespierre exécutant le bourreau.jpg|thumb|250px|Turisan Maximilien Robespierre, ar...'
 
Tambah asal-usul
Baris 19:
 
Mereka yang berkuasa mempercayai penubuhan Jawatankuasa Keselamatan Awam merupakan tindak balas yang tidak diingini tetapi ia satu tindakan bersifat sementara dan perlu diambil memandandangkan tekanan yang muncul akibat peperangan dengan kuasa asing dan perang saudara.<ref>Mathiez, Albert. “A Realistic Necessity,” in The French Revolution: Conflicting Interpretations. Selected and Edited by Frank Kafker, James M. Lauz, and Darline Gay Levy. Malabar, Florida: Krieger Publishing Company, 2002. Pg 189.</ref> Beberapa sejarawan lain juga mencadangkan suasana yang bersaing &mdash; pemberontakan dan pendidikan semula di dalam negeri Perancis &mdash; sebagai pencetus Keganasan. Pemberontakan anti-Revolusi di Lyon, Brittany, Vendee, Nantes dan Marseille mengancam Revolusi dengan kemasukan idea-idea setiaraja (penyokong sistem beraja).<ref>Palmer, R. R. Twelve Who Ruled: The Year of the Terror in the French Revolution. Princeton: Princeton University Press, 1989.</ref>
 
Ada juga sejarawan yang berpendapat tidak mungkin suasana politik sahaja yang mendorong Keganasan kerana "risiko kepada Revolusi berada pada tahap yang paling tinggi" pada pertengahan tahun 1793, namun "tindakan Tribunal Revolusi relatif minimal".<ref>Furet, Francois. “A Deep-rooted Ideology as Well as Circumstance,” in The French Revolution: Conflicting Interpretations. Selected and Edited by Frank Kafker, James M. Lauz, and Darline Gay Levy. Malabar, Florida: Krieger Publishing Company, 2002. Pg 222.</ref> Keganasan meluas serta peningkatan pelaksanaan hukuman bunuh muncul selepas ancaman luaran dan dalaman banyak berkurangan. Justeru ''ideologi'' memainkan peranan penting dalam peningkatan Pemerintahan Ganas kerana "pembaharuan semula manusia" menjadi tema utama Jawatankuasa Keselamatan Awam ketika mereka mencuba menyematkan impian kuasa memilih dan kerajaan progresif di kalangan rakyat.<ref>Furet, Francois. “A Deep-rooted Ideology as Well as Circumstance,” Pg 224.</ref> Semakin luas ideologi ini menular, semakin meningkat penggunaan keganasan dalam pembanterasan aktiviti anti-Revolusi kerana "mereka yang berpandangan sederhana akan menerima, menyokong, malah menyanjung tindakan orang yang lebih ganas" kerana khuatir mereka akan dikira sebagai penyokong anti-Revolusi jika tidak berbuat demikian.<ref>Palmer, R. R. Twelve Who Ruled: The Year of the Terror in the French Revolution. Pg 172.</ref>