Sejarah pendaratan Jepun di Tanah Melayu: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Baris 18:
== 8 Disember 1941 ==
[[Fail:Yamashita.jpg|160px|thumb|left|<small>Leftenan-Jeneral Yamashita, Komander tentera Jepun ke-25</small>]]
[[Fail:Arthur Percival.jpg|160px|thumb|left|<small>Leftenan-Jeneral Percival, Pegawai Jeneral Pemerintah Tanah Melayu (Panglima [[Malaya Command]]) pada masa penjajahan Jepun pada Disember 1941</small>]]
 
Pada pukul 10.30 petangmalam, persidangan ketua Pemerintah Tanah MelayuPanglima (''[[Malaya Command''|Pemerintahan Tanah Melayu]]) diadakan di Bilik Perang Pangkalan Tentera Laut di Singapura. Marsyal Udara Sir [[Robert Brooke-Popham]], pegawai pemerintah kesemua pasukan British di Timur Jauh, teragak-agak untuk melancarkan [[Operasi Matador]] — penawanan wilayah selatan [[Thailand|Siam]] Utaraataupun Thailand bagi menghalang pendaratan Jepun di [[Songkhla (wilayah)|Singora]] dan [[Pattani]]. Beliau memutuskan untuk melewatkan operasi tersebut, sekurang-kurangnya bagi malam itu. Ini kerana sekiranya beliau silap (yakni Jepun tidak mendarat di Siam), ini akan mencetuskan perang dengan Thailand yang baik dengan Britain. Sebaliknya sekiranya beliau terbukti benar dan jepun mendarat di selatan Siam, tentera ThailandThai masih mungkin menentang kemaraan tentera British, danke dalam wilayah mereka. Tambah pula, persiapan logistik tentera British untuk bergerak masih belum bersedia sepenuhnya. Sejurus selepas tengah malam pada 7/8 Disember, sekumpulan pengawal [[India]] di Kota Bharu ternampak tiga bayangan besar, yakni kapal pengangkut [[Tentera Laut Imperial Jepun (IJN)]]: ''Awajisan Maru'', ''Ayatosan Maru'', dan ''Sakura Maru'' berlabuh sekitar 3 kilometer dari pantai Kota Bharu. Kapal-kapal tersebut membawa sekitar 5,200 orang askar daripada Detasmen Takumi, diketuai oleh Mejar Jeneral Hiroshi Takumi yang berada di atas kapal pengangkut ''IJN Awajisan Maru''. Sebahagian besar daripada mereka merupakan bekas perajurit, yang pernah melalui beberapa bulan latihan lasak dan pertempuran di dalam hutan [[China]]. Tentera tersebut terdiri daripada:
* Rejimen Infantri Ke-56 (Kolonel Yoshio Nasu, di atas kapal pengangkut ''IJN Sakura Maru'')
* sepasukan daripada Rejimen Meriam Gunung Ke-18 (Leftenan Kolonel Katsutoshi Takasu)
* Rejimen Kejuruteraan Ke-12 (Leftenan Kolonel Ichie Fujii)
* Divisyen Unit IsyaratSemboyan Divisyen Ke-18
* satuSatu kompeni Rejimen Pengangkutan Ke-12
* satuSatu kompeni Divisyen Unit Perubatan Ke-18
* Hospital LapanganMedan No. 2 daripada Divisyen Unit Perubatan Divisyen Ke -18.
 
Mereka diiringi oleh angkatan pengiring yang kuat (Pasukan Penjajah Kota Bharu) di bawah pemerintahan Laksamana Muda Shintaro Hashimoto. Pasukan Penjajah Kota Bharu terdiri daripada penjajap ringan ''Sendai'', kapal pembinasa ''Ayanami'', ''Isonami'', ''Shikinami'', dan ''Uranami'', [[kapal penyapu periuk api]] No. 2 dan No. 3, serta pemburu [[kapal selam]] No. 9.
[[Fail:YosriMeriamJepun.jpg|350px|thumb|left|Meriam yang digunakan oleh tentera Jepun semasa Perang Dunia II di Tanah Melayu.]]
 
Beberapa saat kemudian, pengawal pantai mendengarterdengar peluru meriam berterbangan di atas kepala mereka. [[Perang Dunia II]] di Pasifik telah bermula, semasa pesawat Jepun dari kapal induk Nagumo masih lagi dalam perjalanan bagi [[serangan Pearl Harbor|menyerang Pearl Harbor]]. Pesawat pendarat mulai dilepaskan sebaik sahaja kapal pengangkut berlabuh. Angin yang kuat dan laut bergelora menyukarkan operasi dan beberapa kapal kecil terbalik dan menyebabkan beberapa tentera Jepun lemas. Sungguhpun berhadapan dengan kesukaran sedemikian pada jam 12.45 pagi, gelombang pertama kapal pendarat yang mengangkut tentera di bawah pimpinan Kolonel Masu menghala ke pantai dalam empat baris. Briged Infantri India Ke-8 yang diketuai oleh Brigadier B.W. Key, sebahagian Divisyen Infantri British-India Ke-9 India (British), merupakan pasukan pertahanan utama di Kota Bharu, disokong oleh Pasukan Meriam Gunung Ke-21 yang terdiri daripada empat laras [[meriam katak]] 3.7 inci (Mejar J.B. Soper). Sebatalion Dogras Ke-3/17 bertanggungjawab mengawal sepuluh batu perbatasan Pantai Dasar Sabak yang termasuk dalam matlamat pendaratan Jepun. Tentera tersebut telah memasang periuk api dan kawat duri serta membina beberapa kubu kecil. Mereka disokong oleh Pasukan Meriam LapanganMedan Ke-73 daripada Rejimen LapanganArtileri Medan Ke-5, bersebelahan dengan lapangan terbang. Inilah detik-detik permulaan bagi [[Penjajahan Jepun di Tanah Melayu]].
 
=== Pendaratan Jepun di Kota Bharu ===
Sejurus selepas tengah malam, tentera Jepun bergerak ke arah pantai yang dipertahankan oleh pasukan India British yang mengawal pantai. Pasukan meriam British mula membedil sepanjang kawasan persisiran pantai dan laut sewaktu telah jelas bahawa tentera Jepun sudah memulakan pendaratan mereka. Tembakan suar menerangkan kawasan pendaratan Jepun dan unit Dogra mula menembak ke arah pesawat pendarat sebaik sahaja pesawat itu diterangi suar. Usaha pertahanan dilakukan bersungguh-sungguh oleh unit Dogras tetapi mereka menghadapi tentanganserangan yang sengit.
 
Kubu [[mesingan]] (''MG'') di pantai digunakan dengan berkesan terhadap tentera Jepun yang mula mendarat di pantai, dan membunuh ramai askar Jepun termasuk komander batalionnya, Mejar Nakamura, yang mengetuai orang-orangnya menyerbu kedudukan musuh. Kolonel Masanobu Tsuji menulis dalam bukunya mengenai Kempen Tanah Melayu: "Kubu-kubu kecil musuh yang disediakan dengan teliti bertindak dengan ganas dan sepenuh kekuatan sehinggakan orang-orang kami terbaring di pantai, separuh dalam air, separuh di pantai, tidak dapat mengangkat kepala mereka". Tidak sehingga tentera Jepun memusatkan serangan mereka terhadap dua buah kubu kecil dan parit pertahanan sokongan yang menguasai kawasan pendaratan, barulah mereka menguasai tempat mendarat.
 
Dalam pertempuran secara berhadapan, tentera Jepun berjaya menumpaskan tentera India British yang bertahan di kawasan penting ini. Semasa pertempuran ini berlaku, gelombang penyerang kedua yang tersangkut di pantai terbuka dihujani tembakan meriam British yang mengakibatkan jumlah korban yang teruk. Bagaimanapun, sebaik sahaja kubu kecil telah dimusnahkan, pasukan ini mampudapat bergerak ke hadapan dan membolosi kedudukan Dogra. Walaupun membuat serangan balas, kedudukan supai India tidak dapat dipertahankan lagi dan pasukan pertahanan mula berundur.
 
== 9 Disember 1941 ==