Sejarah pendaratan Jepun di Tanah Melayu: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
k →‎8 Disember 1941: Tambah pautan
Baris 21:
[[Fail:Arthur Percival.jpg|160px|thumb|left|<small>Leftenan-Jeneral Percival, Pegawai Jeneral Pemerintah Tanah Melayu (Panglima [[Malaya Command]]) pada masa penjajahan Jepun pada Disember 1941</small>]]
 
Pada pukul 10.30 malam, persidangan Panglima ([[Malaya Command|Pemerintahan Tanah Melayu]]) diadakan di Bilik Perang Pangkalan Tentera Laut di Singapura. Marsyal Udara Sir [[Robert Brooke-Popham]], pegawai pemerintah kesemua pasukan British di Timur Jauh, teragak-agak untuk melancarkan [[Operasi Matador]] — penawanan wilayah selatan [[Thailand|Siam]] ataupun Thailand bagi menghalang pendaratan Jepun di [[Songkhla (wilayah)|Singora]] dan [[Pattani]]. Beliau memutuskan untuk melewatkan operasi tersebut, sekurang-kurangnya bagi malam itu. Ini kerana sekiranya beliau silap (yakni Jepun tidak mendarat di Siam), ini akan mencetuskan perang dengan Thailand yang baik dengan Britain. Sebaliknya sekiranya beliau terbukti benar dan jepun mendarat di selatan Siam, tentera Thai masih mungkin menentang kemaraan tentera British ke dalam wilayah mereka. Tambah pula, persiapan logistik tentera British untuk bergerak masih belum bersedia sepenuhnya. Sejurus selepas tengah malam pada 7/8 Disember, sekumpulan pengawal [[India]] di Kota Bharu ternampak tiga bayangan besar, yakni kapal pengangkut [[Tentera Laut Imperial Jepun|Tentera Laut Imperial Jepun (IJN)]]: ''Awajisan Maru'', ''Ayatosan Maru'', dan ''Sakura Maru'' berlabuh sekitar 3 kilometer dari pantai Kota Bharu. Kapal-kapal tersebut membawa sekitar 5,200 orang askar daripada Detasmen Takumi, diketuai Mejar Jeneral Hiroshi Takumi yang berada di atas kapal pengangkut ''IJN Awajisan Maru''. Sebahagian besar daripada mereka merupakan bekas perajurit, yang pernah melalui beberapa bulan latihan lasak dan pertempuran di dalam hutan [[China]]. Tentera tersebut terdiri daripada:
* Rejimen Infantri Ke-56 (Kolonel Yoshio Nasu, di atas kapal pengangkut ''IJN Sakura Maru'')
* sepasukan daripada Rejimen Meriam Gunung Ke-18 (Leftenan Kolonel Katsutoshi Takasu)