Edgar Degas: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
[[Fail:Edgar Germain Hilaire Degas 061.jpg|thumb|upright|Potret diri]]
[[Fail:Edgar Germain Hilaire Degas 021.jpg|thumb|upright|''La Classe de Danse'' (1875)]]
'''Edgar Degas''' (lahir '''Hilaire-Germain-Edgar De Gas''', [[19 Julai]] [[1834]] - [[27 September]] [[1917]]) merupakan seorang [[pelukis]] dan [[arca|pengarca]] dari [[Perancis]]. Beliau dianggap sebagai seorang daripada pengasas [[Impressionisme]] kendatipun beliau menolak perkataan itu, dan lebih gemar digelar seorang [[Realis]].<ref name="Gordon31">Gordon and Forge 1988, p. 31</ref> Seorang pelukis yang hebat, beliau dikaitkan dengan tarian khususnya, dan lebih daripada separuh kerjanya menampilkan para penari. Karya-karya ini mengetengahkan penguasaannya terhadap penggambaran pergerakan, sama seperti karyanya berkaitan balapan lumba kuda dan lukisan wanita bogel. Lukisan-lukisan potretnya dikenali kerana penggambaran pemencilan manusia dan psikologi yang kompleks.<ref>Brown 1994, p. 11</ref>
 
Pada awal kerjayanya, Degas berniat menjadi seorang pelukis sejarah, menceburi bidang yang sesuai dengan latihan akademik dan pengajian mendalam terhadap seni klasik yang telah beliau harungi. Beliau menukar haluan semasa berumur 30-an dan, dengan membawa kaedah-kaedah tradisional pelukis sejarah kepada kepada subjek sezaman, beliau menjadi pelukis klasik kehidupan moden.<ref>Turner 2000, p. 139</ref>
 
== Nota ==
{{reflist}}
 
== Galeri ==