Pertempuran Waterloo: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
TjBot (bincang | sumb.)
k r2.7.2) (bot menambah: oc:Batalha de Waterloo
Kembang rencana
Baris 14:
|strength2=Sekutu Inggeris: 68,000<ref name=Hofschroer72-73/>
Prusia: 50,000<ref>Chesney, m/s. 4</ref>
|casualties1=25,000 terbunuh atau cedera
7,000 ditawan
15,000 hilang<ref>Barbero, m/s. 420</ref>
|casualties2=22,000 terbunuh atau cedera<ref>Barbero, m/s. 419
Tentera Wellington: 3,500 maut; 10,200 cedera; 3,300 hilang.
Tentera Blücher'sBlucher: 1,200 maut; 4,400 cedera; 1,400 hilang.</ref>

'''Pertempuran Waterloo''' merupakan pertempuran besar terakhir maharaja Perancis, [[Napoleon Bonaparte]], yang berlaku pada [[18 Jun]] [[1815]]. Pertempuran ini berlangsung di tempat yang sekarang ialah [[Belgium]], lebih kurang 12 km tenggara [[Brussels]] (ibu kota Belgium). Napoleon mempunyai 124,000 tentera and lawannya, pasukan bersekutu mempunyai 200,000 orang. Pasukan bersekutu yang terdiri daripada [[Empayar British|Great Britain]], [[Belanda]] dan [[Prusia]] berjaya menewaskan Napoleon. Kekalahan di Waterloo mengakhiri pemerintahan Napoleon sebagai Maharaja Perancis dan menandakan berakhirnya era kegemilangan Napoleon.

Beberapa negara yang menentang Napoleon membentuk [[Campuran Ketujuh]] dan menggerakkan tentera apabila beliau pulang berkuasa dalam tahun 1815. Dua angkatan perang besar di bawah pemerintahan Wellington dan Blucher berkumpul berdekatan sempadan timur laut [[Perancis]]. Napoleon memilih untuk memulakan serangan dengan harapan dapat memusnahkan kedua-dua angkatan tersebut sebelum mereka dapat bersatu melancarkan serangan terselaras terhadapnya Perancis bersama-sama negara ahli campuran lain. Pertempuran muktamad Kempen Waterloo tiga hari ini (16–19 Jun 1815) berlaku dalam Pertempuran Waterloo. Mengikut Wellington, pertempuran sangat "tipis" ''("the nearest-run thing you ever saw in your life")''. <ref>[[q:Arthur Wellesley, 1st Duke of Wellington|Wikiquote:Wellington]] citing ''Creevey Papers'', ch. x, p. 236</ref>

Napoleon melengah daripada bertempur sehingga tengah hari 18 Jun demi kerana menunggu tanah menjadi kering. Tentera Wellington, yang berkedudukan melintangi jalan [[Brussels]] ke tubiran [[Mont-Saint-Jean, Belgium|Mont-Saint-Jean]], bertahan menghadapai serangan tubi oleh pihak Perancis sehinggalah waktu petang apabila tentera Prusia tiba beramai-ramai dan menembusi rusuk kanan angkatan Napoleon. Pada saat itu, tentera ''Anglo-Allied'' Wellington menyerang balas dan menyebabkan tentera Perancis bertaburan di medan perang. Tentera campuran yang mengejar Napoleon memasuki Perancis dan memulihkan pemerintahan [[Louis XVIII of France|Raja Louis XVIII]]. Napoleon turun takhta, menyerah diri kepada British dan dibuang negeri ke [[Saint Helena]], di mana beliau meninggal dunia dalam tahun 1821.

Medan pertempuran terletak di Belgium, lebih kurang {{convert|8|mi|km}} di arah selatan tenggara Brussels, dan lebih kurang {{convert|1|mi|km}} dari bandar [[Waterloo, Belgium|Waterloo]]. Tapak pertempuran kini didominasi sebuah tugu, [[Butte du Lion|Timbunan Singa]]. Oleh sebab timbunan ini dibina dengan tanah dari medan pertempuran, topografi medan pertempuran di sekeliling timbunan itu tidak dipelihara.

== Rujukan ==