Pertempuran Waterloo: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
kTiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 25:
 
Medan pertempuran terletak di Belgium, lebih kurang {{convert|8|mi|km}} di arah selatan tenggara Brussels, dan lebih kurang {{convert|1|mi|km}} dari bandar [[Waterloo, Belgium|Waterloo]]. Tapak pertempuran kini didominasi sebuah tugu, [[Butte du Lion|Timbunan Singa]]. Oleh sebab timbunan ini dibina dengan tanah dari medan pertempuran, topografi medan pertempuran di sekeliling timbunan itu tidak dipelihara.
 
== Permulaan ==
''Lihat juga: [[Kempen Waterloo]]''
 
[[File:Strategic Situation of Western Europe 1815.jpg|thumb|300px|Situasi strategik di Eropah Barat pada tahun 1815: 250,000 orang Perancis berhadapan dengan angkatan campuran seramai lebih kurang 850,000 orang tentera di empat barisan depan. Tambahan pula, Napoleon terpaksa meninggalkan 20,000 orang di Perancis Barat bagi menangani pemberontakan penyokong raja.]]
 
Pada 13 Mac 1815, enam hari sebelum ketibaan Napoleon di [[Paris]], kuasa-kuasa Eropah di [[Kongres Vienna]] mengisytiharkannya sebagai penjahat.<ref>[http://dl.lib.brown.edu/napoleon/time7.html Timeline: The Congress of Vienna, the Hundred Days, and Napoleon's Exile on St Helena], Center of Digital Initiatives, [[Brown University]] Library</ref> Empat hari kemudian, [[Empayar British|Britain]], [[Empayar Rusia]], [[Empayar Austria]], dan [[Prusia|Kerajaan Prusia]] mengerah angkatan tentera bagi mengalahkan Napoleon.<ref>Hamilton-Williams, David p. 59</ref> Napoleon maklum bahawa apabila sahaja percubaannya memujuk satu atau lebih daripada sekutu [[Campuran Ketujuh]] daripada menyerang Perancis gagal, peluang tunggal baginya kekal berkuasa adalah dengan menyerang sebelum negara-negara campuran dapat menggerakkan angkatan tentera mereka. Sekiranya beliau dapat memusnahkan angkatan campuran di selatan Brussels sebelum mereka sempat diperkukuhkan, beliau mungkin dapat menolak British balik ke laut dan mengalahkan Prusia. Satu pertimbangan tambahan ialah kehadiran ramai penutur bahasa Perancis yang bersimpati dengannya di Belgium, dan kemenangan Perancis mungkin dapat mencetuskan sebuah revolusi yang akan berbaik dengannya. Juga, kebanyakan anggota tentera British di Belgium merupakan anggota barisan kedua; kebanyakan anggota veteran [[Perang Semenanjung]] telah di hantar ke Amerika bagi berperang dalam [[Perang 1812]].<ref>{{Harvnb|Chandler|1966|pp=1016, 1017, 1093}}</ref>
[[Image:Waterloo Campaign map-alt3.svg|thumb|300px|left|Peta kempen Waterloo]]
[[File:Napoleon crop.jpg|thumb|Strategi Napoleon ialah mengasingkan tentera-tentera pihak Bersekutu dan Prusia, dan memusnahkan tentera-tentera tersebut satu persatu]]
[[File:NapoleonsHeadquartersAtWaterloo.jpg|thumb|Markas Napoleon di Ladang Caillou ("Kerakal") semasa pertempuran sewaktu pertempuran]]
 
Kedudukan tempur asal Wellington bertujuan menangkis ancaman pengepungan tentera Campuran oleh Napoleon dengan pergerakan tenteranya (Napoleon) melalui [[Mons]] ke arah barat daya Brussels. <ref>{{Harvnb|Siborne<!--W-->|1990|p=82}}.</ref> Ini akan memotong talian perhubungan Wellington dengan pangkalannya di [[Ostend]], tetapi akan meletakkan tentera Napoleon hampir dengan tentera Blucher. Napoleon memanipulasi kebimbangan Wellington tentang kehilangan rantai bekalannya dari pelabuhan-pelabuhan Selat dengan perisikan palsu.<ref>{{Harvnb|Hofschröer|2005|pp= 136–160}}</ref> Beliau membahagikan tenteranya kepada sayap kiri yang diperintah [[Marsyal Ney]], sayap kanan di bawah [[Marsyal Grouchy]], dan pasukan simpanan yang diperintahnya sendiri (walaupun ketiga-tiga angkatan berada berhampiran satu sama lain agar dapat saling membantu). Pasukan Napoleon melintasi sempadan berdekatan pekan [[Charleroi]] sebelum fajar 15 Jun dan dengan pantas menewaskan kota kara Campuran, sekali gus menjamin "kedudukan tengah" Napoleon di antara tentera-tentera Wellington dan Blucher.
 
 
 
== Rujukan ==