Internet: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Addbot (bincang | sumb.)
k Bot: Memindahkan 172 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q75
k →‎Internet hari ini: + pautan rencana baru
Baris 15:
Internet dikuatkuasa oleh perjanjian komersil dwi- atau berbilang pihak dan spesifikasi teknikal ([[protokol komputer|protokol]] yang menerangkan tentang pemindahan data antara rangkaian). Protokol-protokol ini disediakan berdasarkan perbincangan [[Pasukan Petugas Kejuruteraan Internet]] (''Internet Engineering Task Force'' - IETF) yang terbuka kepada umum. Badan ini mengeluarkan dokumen yang dikenali sebagai [[RFC]] (''Request for Comments''). Sebahagian daripada RFC dijadikan [[piawaian Internet]] oleh Lembaga Rekabentuk Internet (''Internet Architecture Board'' - IAB). Protokol-protokol Internet yang sering digunakan adalah seperti [[TCP/IP]], [[UDP]], [[DNS]], [[PPP]], [[SLIP]], [[ICMP]], [[POP3]], [[IMAP]], [[SMTP]], [[HTTP]], [[HTTPS]], [[SSH]], [[Telnet]], [[FTP]], [[LDAP]] dan [[SSL]].
 
Beberapa perkhidmatan popular di Internet yang menggunakan protokol di atas, ialah [[e-mel]], [[Usenet]], Newsgroup, perkongsian fail, [[Jaringan Sejagat]] (WWW), [[Gopher (protokol)|Gopher]], WAIS, finger, [[IRC]], [[MUD]], dan [[MUSH]]. Di antara semua ini, e-mel dan Jaringan Sejagat paling kerap digunakan, dan lebih banyak perkhidmatan yang dibina berasaskannya, seperti senarai mel dan blog. Internet memungkinkan adanya perkhidmatan masa-sebenar seperti radio web dan siar web, yang boleh dicapai di seluruh dunia.
 
Beberapa perkhidmatan Internet popular yang berdasarkan sistem proprietari ialah seperti [[IRC]], [[ICQ]], [[AIM]], [[CDDB]], [[Torrent]] dan [[Gnutella]].