Perbezaan antara semakan "Abu Ali Hasan Ibn Al-Haitham"

 
Ibn al-Haitham membuat kemajuan besar dalam bidang optik, sains fizikal dan kaedah saintifik. Usaha Ibn al-Haitham berkaitan optik dianggap sebagai penyumbang kepada penitikberatan [[eksperimen]] dalam sains. Pengaruhnya terhadap sains am dan optik khususnya disanjung tinggi, dan sesungguhnya membuka tirai kepada era baharu dalam penyelidikan optik, sama ada dalam bentuk teori mahupun amali.<ref name=Deek/>
 
== ''Kitab al-Manazir'' ==
{{main|Kitab Optik}}
[[File:Theorem of al-Haitham.JPG|thumb|250px|[[Bulatan#Teorem|Teorem Ibn al-Haitham]].]]
 
Karya al-Haitham yang paling masyhur ialah karya sepanjang tujuh jilid berkaitan tengan [[optik]], ''[[Kitab Optik|Kitab al-Manazir]]'' ("Kitab Optik"), yang dihasilkan dari tahun 1011 ke 1021 M.
 
''Manazir'' [[terjemahan Latin dalam abad ke-12|diterjemahkan ke dalam Latin]] oleh seorang sarjana yang tidak diketahui namanya pada penghujung abad ke-12 ataupun awal abad ke-13.<ref>{{harv|Crombie|1971|p=147, n. 2}}</ref> Terjemahan ini dicetak oleh [[Friedrich Risner]] dalam tahun 1572, dengan judul Latinnya, ''Opticae thesaurus: Alhazeni Arabis libri septem, nuncprimum editi; Eiusdem liber De Crepusculis et nubium ascensionibus'' (Bahasa Melayu: Optik yang Sangat Bernilai: Tujuh buku Alhazeni si Arab, diterbitkan buat kali pertama: Buku tentang senjakala awan dan hamal).<ref>{{Citation|url=http://www.mala.bc.ca/~mcneil/cit/citlcalhazen1.htm|title=Alhazen (965–1040): Library of Congress Citations|publisher=Malaspina Great Books|accessdate=2008-01-23}}</ref> Risner juga penulis nama varian "Alhazen"; sebelum Risner al-Haithan dikenali di Barat sebagai "Alhacen". Karya ini mendapat sanjungan tinggi dalam [[Zaman Pertengahan]]. Karya-karya al-Haitham tentang subjek-subjek geometri diketemu di dalam [[Bibliotheque nationale|Bibliothèque nationale]] di [[Paris]] dalam tahun 1834 oleh EA Sedillot. Manuskrip-manuskrip lain disimpan di [[Bodleian Library]] di [[Oxford]] dan di dalam perpustakaan [[Leiden]].
 
== Nota ==