Pulau Sebang: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
kemas
Chongkian (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
{{Rujukan}}
[[File:Pulau Sebang.JPG|thumb|Pulau Sebang]]
 
'''Pulau Sebang''' merupakan sebuah pekan yang terletak dalam daerah [[Alor Gajah]], [[Melaka]]. Jarak antara bandar [[Alor Gajah]] dan Pulau Sebang sejauh 9 kilometer manakala dari [[bandaraya Melaka]] 29 kilometer. Rata-rata rakyat [[Malaysia]] tidak mengetahui nama Pulau Sebang kecuali penduduk di Melaka dan Negeri Sembilan. Namun jika disebut Tampin, semua orang ketahui di mana lokasinya. Sebenarnya Pulau Sebang terletak bersebelahan dengan Bandar [[Tampin]]. Pulau Sebang merupakan bahagian Tampin yang terletak dalam [[Negeri Melaka]] juga disebut Pekan Pulau Sebang.Tetapi orang ramai jarang menggunakan atau memanggil Pekan Pulau Sebang mereka menyebut Bandar Tampin juga walaupun di sebelah Melaka. Kerajaan Negeri Melaka berusaha untuk jenamakan semula bandar Pulau Sebang, dengan mengecat bagunan bandar Pulau Sebang dengan warna oren agar pengguna dapat membezakan antara Tampin dan Pulau Sebang. Kerajaan Negeri Melaka juga meminta pihak KTMB menukar nama stesen KTMB Tampin kepada Pulau Sebang. Perkara ini sedang dipertimbangkan oleh KTMB apabila siapnya Stesen KTMB Tampin yang baru mungkin akan ditukar kepada Pulau Sebang. (Dalam pertimbangan KTMB). Selain itu Agensi anti Dadah Daerah Tampin Negeri Sembilan juga terletak di Pulau Sebang. No telefon bagi kawasan Pulau Sebang juga dari ibu sawat Tampin Negeri Sembilan, termasuk peerkhidmatan pos juga di bawah seliaan pejabat Pos Tampin Negeri sembilan. No telefon dan perkhidmatan pos mungkin akan kekal kerana ibusawat telefon dan perkhidmatan pos di Alor Gajah agak jauh 12 kilometer berbanding Tampin Negeri Sembilan hanya 2 kilometer. Penukaran agak sukar berlaku dengann situasi sebegini. Itulah uniknya Pulau Sebang dan Tampin seakan-akan badar berkembar yang tidak boleh dipisahkan.