Afriyie Acquah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Berbeza (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan '{{Infobox football biography | name = Afriyie Acquah | image = 200px | fullname = Ebenezer...'
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 18:40, 7 Jun 2015

Ebenezer Afriyie Acquah (lahir 5 Januari 1992 in Sunyani) dikenali sebagai Afriyie Acquah (/æˈfrɪˈj/ /æˈxwɑː/ a-FRI-YEE-' a-KHWAH-'), merupakan pemain bola sepak profesional Ghana yang bermain sebagai pemain tengah untuk Sampdoria secara pinjaman dari 1899 Hoffenheim.

Afriyie Acquah
Maklumat peribadi
Nama penuh Ebenezer Afriyie Acquah[1]
Tarikh lahir (1992-01-05) 5 Januari 1992 (umur 32)
Tempat lahir Sunyani, Brong-Ahafo, Ghana
Ketinggian 1.79 m (5 ka ​10 12 in)
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Sampdoria
Nombor 30
Kerjaya remaja
Goldfields
2005–2008 Akademi Bola Sepak Glentoran
2008–2009 Mine Stars
2009 Bechem United
2009–2010 DC United of Ghana
2010–2011 Palermo
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2011–2013 Palermo 31 (0)
2012–2013Parma (pinjam) 13 (0)
2013– 1899 Hoffenheim 0 (0)
2013–2015Parma (pinjam) 41 (1)
2015–Sampdoria (pinjam) 5 (0)
Pasukan kebangsaan
2012– Ghana 14 (1)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 08:58, 16 April 2015 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 10:13, 2 Mac 2015 (UTC)

Karier kelab

Kehidupan awal

Dilahirkan di Sunyani, Brong-Ahafo, Ghana, Acquah memulakan kariernya bersama Akademi Bola Sepak Glentoran di Sunyani, Ghana, yang ditubuhkan oleh kelab Ireland Utara, Glentoran F.C.[2] Semasa kariernya di Glentoran, Acquah dianugerahkan "pemain tengah terbaik Ghana bawah-14".[3]

Dia kemudiannya berpindah ke Bechem United kerana kelab Ireland Utara itu tidak dapat menandatanganinya kerana isu permit kerja, walaupun dia pergi ke Belfast untuk berlatih bersama pasukan utama mereka.[4] Pada bulan April 2009, dia bermain untuk Bechem United ketika menentang kelab Itali, Empoli.[5]

Palermo

Pada 1 Februari 2010 Palermo menandatangani Acquah dari D.C. United of Ghana[6] secara percuma, tetapi €500,000 bayaran agen diberi kepada SCMG Sport Consulting & Management GmbH,[7] (syarikat sama yang menerima bayaran besar agen untuk Túlio de Melo.) Palermo didenda oleh FIGC kerana melanggar peraturan hak milik pihak ketiga pada bulan April 2012. FIGC mendapati bahawa Acquah telah menandatangani kontrak bersama agen itu pada bulan Jun 2009 tetapi dia tidak boleh menyertai mana-mana kelab sehingga dia berumur 18 tahun.[8]

Selepas memilih jersi bernombor 94,[9] Acquah membuat penampilan sulungnya untuk Palermo, masuk sebagai pemain gantian menggantikan Giulio Migliaccio pada minit ke-32, ketika kekalahan 4-2 kepada Fiorentina pada 13 Februari 2011.[10] Selepas membuat empat penampilan sejak permulaan bulan April, Acquah menandatangani kontrak lima tahun, mengekalkannya di kelab itu sehingga tahun 2016.[11]

Parma

Pada 16 Julai 2012, Palermo mengumumkan bahawa mereka telah meminjamkan Acquah kepada seteru Serie A, Parma;perjanjian itu juga termasuk pilihan kepada Parma untuk mendapatkan separuh daripada hak perpindahan pemain itu pada akhir musim.[12]

Pada bulan Januari 2013, dia berpindah ke kelab Bundesliga, Hoffenheim dengan kontrak empat tahun tetapi dia tidak diberi peluang untuk bermain sehingga akhir musim 2012–13.[13] Pada bulan Julai 2013, dia kembali ke Parma secara pinjaman semusim. Dia membuat 27 penampilan liga pada musim 2013–14. Semasa musim ini, Acquah menjaringkan gol profesional pertama dalam kariernya, ketika kekalahan 4-2 kepada Roma pada 2 April 2014.[14] Tempoh perpinjamannya kepada Parma dilanjutkan untuk setahun lagi .[15][16]

Sampdoria

Pada bulan Februari 2015, tempoh perpinjamannya di Parma ditamatkan lebih awal dan dia berpindah ke satu lagi kelab Serie A, Sampdoria secara pinjaman.[17] Acquah membuat penampilan sulungnya untuk Sampdoria, bermain 90 minit, ketika kekalahan 2-1 kepada Chievo.[18]

Karier antarangsa

Pada 26 Februari 2012, Acquah dipanggil ke skuad Ghana untuk menentang Chile.[19] Acquah membuat penampilan senior pertamanya untuk Ghana ketika menentang Chile pada 29 Februari 2012 di PPL Park, Chester, Pennsylvania, USA.[20] Pada 13 Oktober 2012, di Stadium Civo, Lilongwe, dia menjaringkan gol untuk Ghana ketika menentang Malawi.[21]

Pada bulan Mei 2014, Acquah dinamakan dalama skuad sementara 26 pemain untuk Piala Dunia FIFA 2014 oleh pengurus Ghana, James Kwesi Appiah.[22] Pada 2 Jun 2014, Acquah disenaraikan dalam skuad Ghana untuk edisi 2014.[23] Acquah membuat penampilan Piala Dunia pertamanya, masuk menggantikan Mohammed Rabiu pada minit ke-76, ketika kekalahan 2-1 kepada Portugal.[24]

Rujukan

  1. ^ "Ebenezer Afriyie Acquah". U.C. Sampdoria. Dicapai pada 2 March 2015.
  2. ^ "Glentoran helped African street child reach Serie A". BBC. 13 April 2011. Dicapai pada 14 November 2013.
  3. ^ "Palermo, scopriamo il ghanese Acquah" (dalam bahasa Italian). TuttoPalermo.net. 23 February 2010. Dicapai pada 7 April 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ "Afriyie Acquah to Arsenal?". Glentoran FC. 16 December 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 April 2015. Dicapai pada 14 November 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  5. ^ "Bechem Utd. makes Ghana proud…Face Empoli today … In Trofeo Nereo Rocco semis". Modernghana.com. 30 April 2009. Dicapai pada 13 October 2012.
  6. ^ "Ufficiale: Palermo, arrivano Caroppo, Afriyie Acquah e Radu Ionut". Calcionews24.com. 14 October 2011. Dicapai pada 13 October 2012.
  7. ^ US Città di Palermo SpA Report and Accounts on 30 June 2010 (Itali)
  8. ^ "Comunicato Ufficiale N°90/CDN (2011–12)" (PDF) (dalam bahasa Italian). Commissione Disciplinare Nazionale (CDN) of FIGC. 26 April 2012. Dicapai pada 28 July 2012. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  9. ^ "GRINTA ACQUAH: "HO GIA' IL ROSA NEL CUORE"" (dalam bahasa Italian). U.S. Città di Palermo. 12 April 2011. Dicapai pada 7 April 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
  10. ^ "Festa viola a PalermoFiorentina, 4-2 in rimonta" (dalam bahasa Italian). Corriere Dello Sport. 13 February 2011. Dicapai pada 7 April 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
  11. ^ "Il Palermo blinda Acquah". U.S. Città di Palermo. 12 April 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 April 2015. Dicapai pada 7 April 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  12. ^ "ACQUAH IN PRESTITO AL PARMA" (dalam bahasa Italian). US Città di Palermo. 16 July 2012. Dicapai pada 17 July 2012. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  13. ^ "ACQUAH CEDUTO ALL'HOFFENHEIM" (dalam bahasa Italian). US Città di Palermo. 24 January 2013. Dicapai pada 24 January 2013. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  14. ^ "El Roma venció al Parma (4-2) en el partido aplazado" (dalam bahasa Italian). AS.com. 2 April 2014. Dicapai pada 7 April 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
  15. ^ "Afriyie Acquah remains at Parma". Parma FC. 28 June 2014. Dicapai pada 28 June 2014.
  16. ^ "Acquah spielt weiter für den FC Parma - Advíncula bleibt in Lima" [Acquah continues playing for FC Parma - Advíncula stays in Lima]. 1899 Hoffenheim. 3 July 2014. Dicapai pada 1 September 2014.
  17. ^ "Acquah an Sampdoria weiter verliehen" [Acquah loaned further to Sampdoria] (dalam bahasa German). Kicker. 3 February 2015. Dicapai pada 2 March 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
  18. ^ "Chievo-Sampdoria 2-1, punti d'oro per Maran" (dalam bahasa Italian). Repubblica.it. 15 February 2015. Dicapai pada 7 April 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
  19. ^ "Black Stars squad named for Chile friendly". ghanafa.org. Ghana Football Association. 26 February 2012. Dicapai pada 1 March 2012.
  20. ^ "Chile 1 – 1 Ghana". soccernet.espn.go.com. ESPN. 29 February 2012. Dicapai pada 1 March 2012.
  21. ^ "Malawi vs Ghana LIVE Commentary". Goal.com. Dicapai pada 13 October 2012.
  22. ^ "World Cup 2014: Jeffery Schlupp selected in 26-man squad". BBC Sport. 12 May 2014. Dicapai pada 7 April 2015.
  23. ^ "Ghana World Cup 2014 squad". The Telegraph. 2 June 2014. Dicapai pada 7 April 2015.
  24. ^ "FIFA World Cup Match Report: Portugal 2 - 1 Ghana". FIFA.com. 26 June 2014. Dicapai pada 7 April 2015.

Pautan luar