Kuchiki Byakuya: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Piecemealcranky (bincang | sumb.)
Piecemealcranky (bincang | sumb.)
Baris 33:
 
== Sinopsis ==
Byakuya mula-mula muncul dalam ''Bleach'' bersama-sama [[Abarai renjiRenji]], leftenannya, untuk menangkap [[Kuchiki Rukia]] dan membunuh [[Kurosaki Ichigo]], walaupun mereka setakat berjaya mengeluarkan kuasa ''shinigami'' daripada dirinya sahaja. Dalam kejadian seterusnya, Byakuya mengganggu percubaan [[Shiba Ganju]] dan [[Yamada Hanatarō]] untuk menyelamatkan Rukia dan, justeru itu, mengganggu percubaan Renji juga. Apabila Ichigo berjaya menyelamatkan Rukia, kedua-dua Ichigo dan Byakuya telah bertarung, di mana mereka berdua menggunakan [[Zanpakuto#Lepasan Tahap Akhir|bankai]] mereka. Kekurangan pengalaman Ichigo dalam menggunakan ''bankai''nya serta tahap kekuatan ''bankai'' Byakuya yang dinaiktaraf telah meletakkan Ichigo di dalam posisi yang serba kekurangan, namun kemunculan [[Kurosaki Ichigo#Kuasa hollow|hollow dalaman Ichigo]] telah meningkatkan tahap kekuatan Ichigo sehingga sama taraf dengan kekuatan Byakuya. Selepas transformasi Ichigo yang tidak terkawal ini, mereka berdua mencas tenaga mereka dalam satu serangan akhir. Akibatnya, pedang Byakuya retak dan, tanpa menunjukkan sebarang kelemahan, telah meninggalkan pertarungan itu.
 
Kemudian, apabila [[Aizen Sōsuke]] mengarahkan Ichimaru Gin untuk membunuh Rukia, Byakuya telah menyelamatkannya daripada serangan itu dan sebaliknya tercedera. Semasa dirawat, Byakuya menceritakan kepada Rukia mengapa dia diambil sebagai adik angkatnya, sekaligus memutuskan janji Hisana, dan seterusnya meminta maaf kepada Rukia dan berterima kasih kepada Ichigo. Apabila ancaman [[Bount]] untuk menyerang Soul Society menjadi semakin serius, Byakuya telah menggunakan rekod keluarga Kuchiki untuk mendapat maklumat terhadap golongan Bount untuk Jeneral Yamamoto. Byakuya, yang telah membantu Rukia bertarung dengan [[Bount dalam Bleach#Yoshi|Yoshi]], telah mencuba mencari ketua golongan Bount iaitu [[Kariya Jin]], di mana akhirnya mereka telah bertarung. Akan tetapi pertarungan mereka diganggu Ichigo, dan diikuti oleh Rantao, yang telah melihat pertarungan di antara Ichigo dan Kariya dengan penuh keyakinan.