Misteri Jalan Lama: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 50:
 
Selepas tersedar, Ilya menerangkan apa yang telah berlaku. Namun Ratu Dewata menyatakan bahawa Ilya merupakan anaknya dan mereka sekarang berada di perkampungan kaum Nian. Perkara itu dinafikan oleh Ilya. Akibat tidak dapat menerima hakikat, beliau mengambil keputusan untuk lari, bersama Indra. Tanpa diduga, perkampungan bunian tersebut diserang oleh puak Ghoul, yang diketuai oleh Harak([[Afdlin Shauki]]). Mereka inginkan loket tersebut dan nyawa Ilya. Untuk melindungi adiknya, Indra menyamar diri lalu diculik oleh puak Ghoul.
[[Imej:Harak&RajaDewata(MJL)02.jpg|rightleft|thumb|220px|Raja Dewata(Nasir Bilal Khan) menentang Harak(Afdlin Shauki) untuk mendapatkan loket berharga.]]
Ilya cuba melarikan dari perkampungan tersebut. Namun ditahan oleh Ratu Dewata. Ratu Dewata menerangkan tentang asal-usul Ilya. Ratu tersebut menyatakan bahawa Ilya diberikan oleh Raja Dewata([[Nasir Bilal Khan]]) untuk melindungi anaknya yang masih kecil, kepada Datuk Iskandar, yang baru balik dari pengebumian isterinya akibat melahirkan anaknya. Pada waktu itu, Datuk Iskandar menginginkan seorang adik untuk Indra, lalu menerima amanat Raja Dewata dengan syarat untuk memulangkan semua kepada mereka apabila umur memcecah 25 tahun. Sebagai tanda, loket dikeris kebesaran Nian diberikan kepada Datuk Iskandar.
 
Selepas mengetahui tentang hal yang sebenar, Ilya bersedia menerima hakikat sebenar. Beliau diberikan sepersalinan perang untuk menyelamatkan Indra. Mereka menyerang dengan penuh semangat. Semasa peperangan tersebut, keris Ilya tercampak. Indra mengambil keris. Beliau ternampak Ilya sedang bergelut dengan Harak. Beliau mengambil kesempatan untuk membunuh harak dengan membalik keris kepada Ilya lalu ditikamnya Harak. Tentera-tentera Harak berundur. Ilya dan tentera-tntera Nian mengawal medan perang yang telah mereka tawan. Pembantu Ilya menyuruh Ilya supaya bersiap sedia kerana tentera Harak akan melancarkan serang semula.
[[Imej:Indra&keluarga(MisteriJalanLama)01.jpg|rightleft|thumb|220px|Indra(Hans Isaac) melawat ke pusara ayahnya bersama isterinya,Sara(Sabrina Hassan) dan anak mereka]]
Mereka membawa Indra ke jalan raya. Sebuah kapal perang puak Nian tiba untuk membawa Ilya ke medan perang baru. Indra melambai ke arah Ilya. Ilya memberi nasihat kepada Indra supaya menjaga keluarganya. Ilya akhirnya menuju ke medan perang bersama angkatannya. Indra meneruskan perjalanan ke pusara ayahnya.
 
== Lakonan ==