The Beatles: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 109:
''Magical Mystery Tour'', lagu latar filem televisyen The Beatles yang akan datang, muncul dalam format album mini ([[EP]]) (extended play disc) kembar dengan 6 buah nombor lagu pada awal Disember 1967. Di [[Amerika Syarikat]], 6 lagu itu dikeluarkan dalam LP berjudul sama namun ditambah single-single terbaru. Allmusic mengulas tentang versi LP Amerika, "suara psikedelik terdengar sangat bergema selepas album Sgt.Pepper dan bahkan lebih padat (terutama potongan-potongan suara dari" I Am the Walrus") dan menyebut 5 lagu yang dipilih dari single tahun 1967 "besar, semarak, dan inovatif". {{efn|Original: "huge, glorious, and innovative"}}
 
Album itu kembali mencatat rekod baru di Amerika Syarikat sebagai jualan LP terbanyak oleh Capitol dalam tiga minggu pertama. Disiarkan pada Hari Tinju, filem ''Magical Mystery Tour'' yang sebahagian besar diarahkan oleh [[Paul McCartney]], mendapat komen kurang memuaskan dari media Inggeris. Daily Express menyebutnya "sampah yang ketara" {{efn|Original: "blatant rubbish"}} dengan komen "sebuah rakaman panjang, kasar yang sangat banyak yang memaparkan orang-orang naik turun dan memandu bas" {{efn|Original: "a great deal of raw footage showing a group of people getting on, getting off, and riding on a bus."}} Sementara, The Daily Mail menyebutnya "kesombongan yang amat besar" {{efn|Original: "a colossal conceit"}} dan Guardian mengulas: "jenis permainan moral fantasi tentang kekotoran, kehangatan dan kebodohan penonton" {[{efn|Original: "a kind of fantasy morality play about the grossness and warmth and stupidity of the audience."}} Akibatnya, filem ini tidak ditayangkan di Amerika. Pada Januari, The Beatles melakonkan watak figuran untuk filem animasi Yellow Submarine, The Beatles dalam versi kartun fantasi. Dikeluarkan pada Jun 1968, Yellow Submarine mendapat sambutan baik disamping muziknya.
 
Kemudian, LP kembar kembali dikeluarkan, berjudul The Beatles yang dikenali sebagai White Album kerana kulitnya kosong melompong. Kerana pengarahan Epstein sudah tidak ada lagi, inspirasi kreatif untuk bahan album berasal dari pengalaman bersama Maharishi Mahesh Yogi yang mereka sebut sebagai guru. Di Rishikesh, [[India]], tempat ashram Maharishi berada, The Beatles menghasilkan banyak lagu, hampir 30 lagu yang dirakam untuk album tersebut. Starr pulang selepas 10 hari, yang menyamakan sesi tersebut seperti Butlins (bercuti berkhemah di England) dan McCartney juga akhirnya pulang sebulan kemudian kerana bosan dengan prosedur Maharishi. Sementara itu, Lennon dan Harrison diberitahu oleh Yanni Alexis Mardas alias Magic Alex, seorang juruteknik elektronik bahawa Maharishi sebenarnya memanfaatkan The Beatles dan telah melakukan gangguan seksual kepada siswi-siswinya. Mendengar hal itu, Lennon terpengaruh dan terus memaksa Harrison yang tak percaya dan rombongan mereka pulang. Dalam kemarahannya, Lennon menulis lagu berjudul Maharishi, namun diganti menjadi Sexie Sadie. McCartney berkata "Kami membuat kesalahan. Kami fikir ada yang lebih dari dalam dirinya. {{efn|Original: "We made a mistake. We thought there was more to him than there was."}}