Ombak Rindu (filem): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 61:
 
==Kontroversi==
Kontroversi berlaku apabila penulis novel ini, [[Fauziah Asyari|Fauziah Ashari]], mendakwa beliau tidak mendapat bayaran yang setimpal berdasarkan kutipan filem yang ''pecah panggung''. Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa beliau tidak dipanggil dalam menjadi penasihat dalam penghasilan skrip malah tidak dipanggil untuk menjadi penulis lakon layar kepada filem ini<ref>http://my.entertainment.yahoo.com/news/bayaran-penulis-ombak-rindu-tak-setimpal-090100712.html</ref>.
 
Namun kenyataan beliau itu ditangkis oleh Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub. Beliau telah menyatakan bahawa proses mengadaptasi novel ke skrip filem sudah dilakukan sejak 2009. Beliau turut menjawab dakwaan penulis tidak mendapat bayaran setimpal kerana pihak beliau sudah memberikan wang sejumlah hampir RM 200,000 sebagai bayaran royalti. Selain itu, hasil jualan yang meningkat akibat fenomena filem tersebut akan diberikan royalti kepada penulis buku tersebut<ref>http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kami__8216_takmakan__8217_penulis/Article/index_html</ref>.
 
Pada mulannya, [[Remy Ishak]] yang menggalas watak Hariz, tetapi disebabkan jadual pengambaraan bertembung dengan proram umrahnya, dia diganti oleh [[AAronAaron Aziz]].<ref>http://www.hmetro.com.my/node/47491?m=1</ref>
 
==Pencapaian==
{| class="wikitable" <!-- to use sortable requires eliminating all use of rowspan -->