Langgar (filem): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 53:
''Langgar'' mempertaruhkan jalan cerita yang memaparkan pergelutan tiga penjuru antara tiga kumpulan [[samseng]] yang berebut kawasan jajahan. Walaupun ia kelihatan serupa dengan filem seperti ''[[KL Gangster]]'' dan ''[[Kongsi (filem)|Kongsi]]'', yang pernah ditayangkan sebelum ini, Sein cuba lari daripada persepsi menyamakan filem arahannya dengan filem-filem tersebut apabila menampilkan kelainan dari segi aspek plot cerita dan gaya pengarahan.<ref name="'Bayi' sulung Sein"/> Beliau menganggap filem genre seperti ini ialah filem ‘orang jantan' tetapi mahu menyampaikan mesej secara lembut dan bersahaja tanpa perlunya adegan ekstrem.<ref name="'Bayi' sulung Sein"/>
 
Kepakaran barisan bintang utama selain penggunaan pelakon aksi menghidupkan lagi kisah pembalasan dendam itu. [[Ady Putra|Adi Putra]] berjaya menzahirkan emosi 'hitam' dalam dirinya dengan cemerlang dari awal sehingga akhir filem.<ref name="Langgar"/> Tidak ketinggalan [[Bell Ngasri]] yang cukup bersahaja dan memberikan seri kepada filem ini dengan 'lawak ganas' dalam filem ini. ''Langgar'' menyerlahkan hasil kerja Sein di set yang penuh kreatif mencorakkan kisah seperti yang digambarkan dalam skrip malah jelas dapat dilihat dia melihat di luar kotak dan berani mencuba agar filem sulungnya itu berbeza daripada karya lain dari genre sama.<ref name="Langgar"/>
 
==Tayangan media==