Buli (filem): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 75:
 
== Penerbitan ==
''Buli'' ialah arahan sulung [[Afdlin Shauki]] dan filem pertamanya yang diterbitkan oleh [[Grand Brilliance]], filem ini menjalani penggambaran selama 60 hari di [[Kuala Lumpur]], dan [[Lukut]], [[Negeri Sembilan]], penggambaran filem yang menelan kos perbelanjaan sebanyak RM 1.5 juta dijalankan pada 2 Januari 2003 dan berakhir pada 12 Mac 2003. Anak Afdlin, iaitu Miasara dan Anais berlakon sebagai anak-anak kepada juruterbang yang dilakonkan oleh beliau sendiri.<ref name=mc-nst"Pengalaman Afdlin">{{cite news|title=Buli - Pengalaman Afdlin Shauki|url=http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt=0301&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_02.htm|access-date=2010-03-11|newspaper=[[Utusan Malaysia]]|date=251 OctoberMac 20122004}}</ref>
 
Menurut Afdlin, beliau menulis skrip filem ini semasa mengikuti kursus penulisan skrip di National Film School di London, United Kingdom (UK) pada 1996.<ref name="Pengalaman Afdlin"/> Beliau mengarahkan filem ini atas galakan [[Shuhaimi Baba]] yang berpendapat bahawa skrip ''Buli'' tulisan beliau ini berpotensi besar untuk dijadikan sebuah filem. Selain itu, beliau juga mendapat ilham sebelum menjadikan Buli sebuah filem, ketika mengikuti kursus kepimpinan pada 2001.<ref name="Pengalaman Afdlin"/> Pada April tahun sama, filem ini dikatakan akan diterbitkan oleh [[Habsah Hassan]] (penerbit ''[[Soal Hati]]'') dan watak pelakon wanitanya pernah ditawarkan kepada [[Erra Fazira]] dan [[Sofia Jane]].
 
Watak lelaki utama pada awalnya dinamakan Roslin, seorang kerani bank. Bagaimanapun, ia dinamakan sebagai Nordin, seorang pereka [[perisian komputer]].<ref name="Pengalaman Afdlin"/>
 
==Anugerah dan pencapaian==