Orkestra RTM: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Menambah bahagian baru.
Menambah info dan sumber.
Baris 34:
 
Orkestra RTM diundang buat kali ketiga untuk menjayakan Festival JAVA Jazz yang berlangsung di Jakarta, Indonesia pada 6-8 Mac 2015.<ref name="Orkestra RTM gah">{{cite news|url=http://www.hmetro.com.my/node/34627|title=Orkestra RTM terus gah|author=Ramlah Zainal|publisher=[[Harian Metro]]|date=4 Mac 2015|accessdate=15 Mac 2017}}</ref> Delegasi Orkestra RTM membabitkan seramai 24 pemuzik tempatan di bawah pimpinan Maestro Muzik yang juga Pengarah Muzik RTM Datuk Mokhzani Ismail<ref name="Orkestra RTM gah"/> yang turut menampilkan kumpulan Radio TV Malaysia Big Band yang berkongsi pentas dengan penyanyi lagenda Indonesia [[Harvey Malaiholo]].<ref name="Orkestra RTM gah"/>
 
==Konsert Gemilang 50 Tahun==
Sambutan ulangtahun Jubli Emas ke-50 Orkestra RTM diterjemahkan dengan penganjuran Konsert Gemilang 50 Orkestra RTM yang menyaksikan seramai 35 orang pemuzik orkestra berpengalaman memberikan persembahan yang bertenaga bertempat di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur. Persembahan konsert itu nyata memukau hadirin termasuk Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, [[Rais Yatim|Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim]] yang memeriahkan rakaman konsert ini yang berlangsung pada 3 Oktober lalu.<ref name="Konsert Gemilang 50 Tahun">{{cite news|urlhttp://www.budiey.com/konsert-gemilang-50-orkestra-rtm/|title=Konsert Gemilang 50 Orkestra RTM|publisher=Sensasi Selebriti|date=25 Oktober 2011|accessdate=15 Mac 2017}}</ref>
 
Pemuzik yang kebanyakannya berkelulusan hingga ke peringkat sarjana muzik dari universiti dalam dan luar negara itu mempamerkan persembahan hebat dengan dipimpin oleh beberapa tokoh berpengalaman dalam bidang orkestra seperti Dato’ Johari Salleh, Dato’ Mokhzani Ismail, Mohd Asnawi Mutaal, Leon Yap, Azman Mustafa dan Lokman Abdul Aziz.<ref name="Konsert Gemilang 50 Tahun"/> Peralatan yang digunakan pemuzik juga dari pelbagai jenis termasuklah wood-winds seperti bassoon, flute dan jenis bertali yang lengkap serta kumpulan brass, saxes dan rhythm. Ini sepertimana yang terdapat dalam orkestra profesional bertaraf dunia.<ref name="Konsert Gemilang 50 Tahun"/>
 
Ia dibahagikan kepada sepuluh segmen iaitu "Overture Merentasi Zaman", "Titik Permulaan", "Varsiti Pelbagai Irama", "Dari Malam Irama Malaysia ke Malam Putrajaya", "Ilham Rasa", "Dari Rakyat Untuk Rakyat", "Patah Tumbuh Hilang Berganti", medley "Tanah air", "Orkestra dan Bintang" dan "Gemilang 50".<ref name="Konsert Gemilang 50 Tahun"/> Konsert ini dijayakan oleh persembahan dari [[Jamal Abdillah]], [[Syafinaz Selamat]], Datin Paduka [[Julie Sudiro]], [[Noryn Aziz]] dan [[Andre Goh]] menyampaikan lagu popular masing-masing.<ref name="Konsert Gemilang 50 Tahun"/>
 
Sempena sambutan itu juga, Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim turut menyampaikan Anugerah Khas Tokoh Orkestra RTM kepada 11 pemuzik yang pernah terlibat dalam Orkestra tersebut iaitu Zainal Abu, Akhbar Nawab, Dato’ Dr. Ahmad Nawab, T. Anggapan, Ahmad Kassim, Ruslan Imam, Richard Hoon, Eow Yeo Jin, James Boel, Alfonso Soliano dan Dato’ Ahmad Dasillah.<ref name="Konsert Gemilang 50 Tahun"/>
 
==Pengarah muzik==