Sinaran (filem): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 36:
 
Penggambaran filem ini dijalankan pada September 2014, ''Sinaran'' juga mendapat kerjasama daripada tiga negara iaitu [[Malaysia]], [[Singapura]] dan [[Indonesia]].<ref name="Sinaran"/> Osman berkata: "Kerjasama itu termasuk dari segi penerbitan, peralatan, pelakon, lokasi penggambaran dan tenaga kerja sendiri yang memberikan satu kelainan dan jalinan kerjasama yang baharu kepada kami semua. Namun kebanyakan penggambaran dilakukan di Singapura iaitu selama 30 hari, 25 hari di Malaysia dan tiga hari di Indonesia,".<ref name="Sinaran"/> Osman juga menjelaskan pihak mereka memilih untuk kerjasama dalam filem tersebut kerana tidak mahu filem ''Sinaran'' menjadi filem Malaysia sahaja, tetapi mahukan satu filem pelbagai budaya.<ref name="Sinaran"/>
 
Sebagai pengarah baharu untuk filem konsep muzikal, Osman mengakui beliau banyak mendapatkan perbincangan daripada koreografer tarian. Menurutnya, koreografer akan fokus pada nyanyian dan tarian, dan beliau fokus pada lakonan dan penceritaan. Mengenai pemilihan pelakon, Osman memberitahu, sebenarnya ada antara beberapa nama pelakon terkenal Malaysia menjadi pilihan penerbit dan pengarah untuk dipilih pada permulaannya.
 
==Keluaran==