George Town, Pulau Pinang: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Reverted to revision 3976211 by Yosri (talk). (TW)
Baris 52:
}}
 
'''George Town''' (juga disebut sebagai "Tanjung" dan "Town" oleh masyarakat tempatan) ialah bandar laut metropolitan utara Malaysia, [[ibu negeri]] kepada [[Pulau Pinang]] dan kerusi kepada Dareah Timur Laut Pulau Pinang disambung dengan feri dari Butterworth dan Bukit Mertajam berfungsi sebagai pusat perniagaan dan perdagangan, merupakan salah satu bandaraya besar di Malaysia. Bandaraya ini juga telah menjadi bandaraya orang Malaysia gemar bercuti di. Pulau Pinang menggunakan jaringan radio yang sama sampai ke Alor Setar. Pesawat dari [[Hong Kong]], [[Taipei]], Guangzhou, Wuhan, dan Hainan (tempat menyelam) turut mendarat di Pulau Pinang ini.
 
Kereta api pantas dari ibu negara Kuala Lumpur pun telah tiba di bandar besar Malaysia ini bagi memendekkan masa perjalanan diambil antara kedua-dua bandar raya besar ini menjadi 4 jam tepat. Kedudukan [[Universiti Sains Malaysia]] berhampiran George Town di tepi jambatan pulau yang merupakan universiti ketiga paling atas di Malaysia.
 
Dibuka pada tahun 1786 oleh Kapten [[Francis Light]] dan dimodenkan oleh Tun Dr. Lim Chong Eu, George Town mempunyai bilangan penduduk melebihi 500,000 orang{{fact}}, menjadikan bandar raya besar di utara Malaysia dan bandaraya wilayah utara. Bandar-bandar [[satelit]] George Town termasuklah [[Air Itam]], [[Bayan Lepas]], [[Glugor]], [[Jelutong]], [[Sungai Dua]], [[Sungai Nibong]], [[Tanjung Tokong]] dan [[Tanjung Bungah]]. [[Zon Metropolitan Georgetown]] yang merangkumi bandar-bandar satelit di Pulau Pinang; [[Butterworth]], [[Kepala Batas]], [[Bukit Mertajam]] dan [[Sungai Bakap]] di [[Seberang Perai]]. [[Zon Metropolitan Georgetown]] merangkumi sebahagian daripada kawasan selatan Kedah kerana negeri Pulau Pinang adalah kecil (1048 km<sup>2 </sup>), iaitu hanya hampir separuh daripada keluasan Daerah Johor Bahru iaitu 1816 km<sup>2</sup>. Terdapat juga hotel-hotel berada di tepi pantai untuk bermandi-manda di Pulau Pinang.
Baris 60 ⟶ 62:
George Town dianggarkan menjadi bandar raya pesara di dunia kerana mengumpulkan warga dari kalangan pesara yang duduk berehat menikmati pemandangan dan sejarah tempatan atau yang ingin mengambil kesempatan dalam perniagaan di sini kerana potensi global yang disediakan oleh bandar raya ini.
 
Bangunan KOMTAR merupakan premis tertinggi di George Town dan Pulau Pinang.
 
==Sejarah Bandar Raya==