Budi dan Dosa: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
k Tiada lagu runut bunyi
Baris 29:
 
==Ringkasan==
Mengisahkan Aminah ([[Hashimah Yon]]) yang telah kematian ibu bapanya. Aminah dipelihara oleh bapa angkatnya, Lebai Ahmad ([[Haji Mahadi]]). Dari kecil, Aminah tidak disukai oleh Hasmah ([[Zaiton]]). Namun begitu, abangnya Sulaiman ([[Kuswadinata]]) amat menyanyangi Aminah. Sulaiman yang menjadi guru Aminah di rumah sehingga dia pandai membaca, mengira dan menulis. Tujuh tahun kemudian, mereka menginjak ke alam dewasa, Aminah kerap disuruh untuk menghantar surat kepada Osman ([[Jins Shamsuddin]]). Aminah hanya menurutkannya sahaja. Sulaiman juga menaruh hati kepada Aminah. Osman pula berjaya membawa Hasmah keluar dari rumah tanpa pengetahuan ayahnya untuk berfoya-foya di kelab malam. Suatu hari, Rosalimah ([[Momo Latif]]) kakak ipar kepada Lebai Ahmad datang ke rumahnya untuk menjemput Lebai sekeluarga hadir ke majlis perkahwinan anak perempuannya, Rosnah. Ini menyebabkan Hasmah diperli kerana masih tidak berumah tangga lagi. Selepas ibu Hasmah berangkat ke rumah Rosalimah, baharulah Lebai Ahmad menjumpai sepucuk surat di antara anaknya dengan Osman. Hasmah yang ketakutan telah memasang helah, kali ini dia menyuruh Aminah untuk bertemu dengan Osman yang dia tidak dapat bertemu malam harinya. Tanpa disedari, Lebai mengekorinya dari belakang. Lebai begitu marah dengan Aminah. Dengan dakwaan dari Lebai, Sulaiman juga mempercayai. Hasmah pula berpaling tadah dengan Aminah sehingga menyebabkan Aminah diusir keluar dari rumah. Selepas selesai kuliah di surau, Lebai dan Sulaiman ternampak aka. Osman dan Hasmah berdua-duaan di dalam bilik di rumahnya. Osman berjaya dipukul oleh Sulaiman sehingga seorang anggota polis ([[Ali Fiji]]) berpangkat Sarjan tiba dirumah mereka. Dia menyerahkan kad pengenalan milik Aminah dan mengatakan ada seorang perempuan telah terlibat dalam kemalangan maut. Lebai dan Sulaiman diarahkan untuk ke hospital untuk membuat pengecaman mayat. Sesampainya di hospital, mereka mengesahkan mayat tersebut bukanlah milik Aminah. Dalam masa yang sama, Hasmah pula mengambil keputusan untuk melarikan diri bersama Osman tetapi dia telah ditipu oleh Osman yang tidak mahu bertanggungjawab lagi keatas segala perbuatan sumbang yang telah dilakukan bersama. Ketika Osman melarikan diri, dia telah dilanggar oleh sebuah kereta yang menyebabkan dia disahkan meninggal dunia ditempat kejadian. Hasmah yang masih trauma dengan kejadian itu menjadi hilang kewarasan akal fikiran dan mengambil keputusan untuk membunuh diri. Mujurlah dia sempat diselamatkan oleh pakcik tua yang juga telah menyelamatkan Aminah tempoh hari dulu (lakonan [[M. Babjan]]). Hasmah menyarankan agar Aminah pulang semula ke rumah dan membersihkan namanya semula. Aminah juga ada memberi kata dua kepada Lebai, jika dia tidak mahu memaafkan Hasmah maka dia pun tidak akan kembali semula ke rumah tersebut. Pendapat Aminah telah disokong oleh Sulaiman kerana dia tidak boleh berjauhan lagi dengan Aminah yang juga kekasihnya. Selepas dipujuk oleh Aminah, ibunya dan Sulaiman, akhirnya Lebai Ahmad memaafkan semula kesalahan Hasmah dan membawanya pulang semula ke rumah.
 
==Pelakon==