Kembara Seniman Jalanan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 27:
 
== Sinopsis==
Bujang yang baru tiba di ibukota telah bertembung dengan tidak sengaja dengan Osman Tikus (lakonan Pyan Habib) di Hentian Puduraya. Osman merupakan seorang penyeluk saku @ pencuri sepenuh masa. Pertembungan itu mengakibatkan dompet Bujang juga turut menjadi mangsa Osman.
 
Hal ini hanya disedari setelah Bujang ke gerai burger milik Imuda (Brader Joe) untuk mengalas perut sebelum meneruskan tujuan ke Studio rakaman milik En Johan, seorang pengusaha syarikat rakaman bumiputera yang terlibat dengan cetak rompak. Akibatnya Bujang terpaksa makan burger tidak berbayar.
 
Sesampai di studio rakaman , Bujang terpaksa menunggu lama dan disuruh pulang dan datang semula esok harinya oleh En Johan kerana alasan sibuk dan tidak mahu melayan Bujang. Bujang berjumpa semula dengan Osman selepas itu di gerai Brader Joe. Bujang nampak Osman ada disitu dan terus menyerang Osman tetapi berjaya di halang oleh Brader Joe dan Siso. Kemudian Osman memohon maaf dan mengajak Bujang tinggal bersama di rumah "tinggal" di ibu kota.
 
Keesokan harinya Bujang kembali ke studio rakaman dan apabila tiba giliran ujibakat, dia dipersendakan dan diperlekehkan oleh En Johan kerana penampilan yang "rugged". Bujang mendendangkan lagu "Rupa Tanpa Wajah" secara akustik dan dalam diam-diam En Johan, telah merakam dan menciplak lagu tersebut dan diberikan kepada penyanyi pop superstar bernama Fareez.Disitu juga Bujang bertemu dengan Khaty , seorang wartawan hiburan.