Nasir Jani: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 32:
Ketika kerjaya beliau berada di puncak, beliau membuat keputusan untuk berehat dari terbabit dengan pengarahan filem dan fokus pada kerja-kerja di belakang tabir pengiklanan dan telemovie. Pada 1990, Nasir banyak terlibat dengan pengarahan telefilem untuk siaran televisyen tempatan, termasuklah ''Funfair'', ''Gigolo'', ''Tatoo'', ''Namaku Shima'' dan ''Runtuh''. Antara sentuhan karya terkenal beliau adalah telemovie ''Bara'' (1989) yang telah mendapat sambutan yang menggalakan dan telah tercalon pelbagai anugerah seperti Anugerah Seri Angkasa 1989/1990, Pengarah Drama Terbaik, Lakon Layar Terbaik, TV Drama Terbaik, Pelakon Lelaki TV Terbaik, Pelakon Wanita TV Terbaik dan Pelakon Baru Terbaik.
 
Beliau telah terlibat dalam pengarahan muzik video dan dokumentari termasuklah dokumentari mengenai Mursyidul Am [[Parti Islam Se-Malaysia|PAS]], Allahyarham [[Nik Aziz Nik Mat|Tok Guru Nik Aziz]] dan dokumentari mengenai [[Sasterawan Negara Malaysia|sasterawan negara]], Datuk [[A. Samad Said]]. Nasir telah dipilih oleh produksi Layar Sunan untuk mengarah filem ''[[Tombiruo: Penunggu Rimba]]'' berdasarkan pengalaman beliau serta visinya tentang dalam pengarahan. Ia akan menjadi filem kepulangan semula beliau setelah beberapa tahun berehat dari kerusi pengarah.<ref>{{cite news|url=http://www.sinarharian.com.my/hiburan/nasir-jani-tampil-dengan-tombiruo-1.556959|title=Nasir Jani tampil dengan Tombiruo|author=Aqmar Mustaza|publisher=[[Sinar Harian]]|date=27 Ogos 2016|accessdate=11 Oktober 2017}}</ref>
 
==Filemografi==