Nasir Jani: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 30:
Nasir dilahirkan pada 1954 di Kampung Dol Said, [[Bandar Alor Gajah]], [[Melaka]] dan merupakan lulusan dalam [[komunikasi massa]] di [[Universiti Teknologi MARA]] (UiTM). Beliau memulakan kerjaya profesionalnya pada tahun 1983, menerusi filem, ''[[Mekanik (filem)|Mekanik]]'' arahan [[Othman Hafsham]] yang mana beliau merupakan pengarah seninya. Seterusnya menjadi pengarah untuk iklan dan dokumentari. Pada 1984, beliau diberi kepercayaan oleh Datuk [[Rahim Razali]] sebagai pengarah seni bagi filem ''[[Matinya Seorang Patriot]]''.<ref name="Nasir Jani"/> Pada 1986, Nasir menduduki kerusi pengarah menerusi filem ''[[Kembara Seniman Jalanan]]'' lakonan [[M. Nasir]] dan ''[[Filem Rozana Cinta '87|Rozana Cinta '87]]'' (1987).
 
Ketika kerjaya beliau berada di puncak, beliau membuat keputusan untuk berehat dari terbabit dengan pengarahan filem dan fokus pada kerja-kerja di belakang tabir pengiklanan dan telemovie. Pada 1990, Nasir banyak terlibat dengan pengarahan telefilem untuk siaran televisyen tempatan, termasuklah ''Funfair'', ''Gigolo'', ''Tatoo'', ''Namaku Shima'' dan ''Runtuh''.<ref name="Nasir Jani"/> Antara sentuhan karya terkenal beliau adalah telemovie ''Bara'' (1989) yang telah mendapat sambutan yang menggalakan dan telah tercalon pelbagai anugerah seperti [[Anugerah Seri Angkasa 1989/1990]], Pengarah Drama Terbaik, Lakon Layar Terbaik, TV Drama Terbaik, Pelakon Lelaki TV Terbaik, Pelakon Wanita TV Terbaik dan Pelakon Baru Terbaik.<ref name="Nasir Jani"/>
 
Beliau telah terlibat dalam pengarahan muzik video dan dokumentari termasuklah dokumentari mengenai Mursyidul Am [[Parti Islam Se-Malaysia|PAS]], Allahyarham [[Nik Aziz Nik Mat|Tok Guru Nik Aziz]] dan dokumentari mengenai [[Sasterawan Negara Malaysia|sasterawan negara]], Datuk [[A. Samad Said]].<ref name="Nasir Jani"/> Nasir telah dipilih oleh produksi Layar Sunan untuk mengarah filem ''[[Tombiruo: Penunggu Rimba]]'' berdasarkan pengalaman beliau serta visinya tentang dalam pengarahan. Ia akan menjadi filem kepulangan semula beliau setelah beberapa tahun berehat dari kerusi pengarah.<ref name="Nasir Jani"/><ref>{{cite news|url=http://www.sinarharian.com.my/hiburan/nasir-jani-tampil-dengan-tombiruo-1.556959|title=Nasir Jani tampil dengan Tombiruo|author=Aqmar Mustaza|publisher=[[Sinar Harian]]|date=27 Ogos 2016|accessdate=11 Oktober 2017}}</ref>