Soekarno: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 235:
 
== 'Demokrasi Terpimpin', dan Autokrasi yang meningkat ==
{{Utama|Demokrasi Terpimpin di Indonesia}}
 
===Dasar asing===
 
Pada akhir masa jabatannya, Sukarno semakin bergantung kepada sokongan tentera dan ''PKI'' - [[Parti Komunis Indonesia]].
 
Pada [[30 November]] [[1957]], berlaku serangan bom tangan terhadap Sukarno ketika dia melawat sekolah di [[Jakarta]]. Enam kanak-kanak terbunuh dan Sukarno cedera parah. Pada bulan Februari, dia mula bertindak terhadap pemberontak PRRI ([[Pemerintah Revolusioner Republik Indonesia]]) di [[Bukittingi]].
 
Pada tahun-tahun berikutnya, beliau menguatkuasakan kawalan kerajaan terhadap penerbitan buku dan media dan menekan penduduk etnik Cina. Pada 5 Julai 1959 dia menubuhkan semula perlembagaan 1945, membubarkan Parlimen, membentuknya kepada yang disukainya dan memegang kuasa penuh sebagai Perdana Menteri. Beliau menggelar sistemnya sebagai kerajaan-melalui-perintah '''Manifesto Politik''' atau Manipol. Beliau membuang daerah semua penentang politiknya.
 
Pada tahun 1950-an, beliau mendekatkan Indonesia dengan [[Republik Rakyat China|Komunis China]] yang akhirnya menjemput lebih ramai komunis dalam kerajaannya. Pada masa yang sama, beliau juga memperoleh bantuan ketenteraan daripada [[Kesatuan Republik Sosialis Soviet|Kesatuan Soviet]].
 
Pada 1962, Sukarno memerintah serangan ke atas [[Irian Barat]] ([[New Guinea Belanda]]). Terdapat beberapa cubaan membunuh lanjut semasa beliau melawat [[Sulawesi]] pada 1962. Irian Barat dibawa ke bawah penguasaan Indonesia pada Mei 1963 di bawah Rancangan Bunker. Pada bulan Julai dalam tahun yang sama, Sukarno telah mengisytiharkan dirinya sendiri sebagai [[Presiden Sepanjang Hayat]].
 
Sukarno juga menentang penubuhan [[Malaysia]] yang disokong oleh British dengan mendakwa bahawa ia merupakan "komplot [[neokolonialisme]]" untuk memelihara kepentingan British. Walaupun terdapat percubaan politik oleh Sukarno untuk mendekati Malaysia, negara Malaysia diisytiharkan pada September 1963. Pembentukan Malaysia mendorong kepada [[Konfrontasi_Indonesia-Malaysia|Konfrontasi Indonesia-Malaysia]] dan berakhirnya bantuan ketenteraan Amerika Syarikat kepada Indonesia. Sukarno menarik Indonesia daripada [[Majlis Keselamatan PBB]] pada 1965 dan Malaysia mengambil alih kerusinya. Ketika itu, Sukarno juga semakin sakit dan beliau pengsan di khalayak ramai pada 9 Ogos 1965. Beliau telah dibuat diagnosis secara rahsia dan didapati menghidap penyakit ginjal.
 
===Ketegangan domestik===