Celcom: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Perubahan pada tahun penubuhan.
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Menambah templat telekomunikasi di Malaysia
Baris 39:
Sejak tahun 2005, Celcom telah memperkenalkan satu lagi perkhidmatan mudah alih tanpa wayar dan dinaiktaraf kepada perkhidmatan jalur lebar, iaitu [[3G]]. Perkhidmatan 3G Celcom dilancarkan pada 17 Mei 2005, sempena Hari Telekomunikasi Sedunia. [[3G]] merupakan perkhidmatan rangkaian mudah alih tanpa wayar yang dipertingkatkan daripada GPRS dan mampu mencapai kelajuan muat turun sehingga 384 KB/s serta pindah naik sehingga 64 KB/s. Perkhidmatan ini dapat memberikan keselesaan kepada pengguna untuk bergerak ke mana sahaja ke tempat-tempat yang ditawarkan liputan ini, dan juga sebagai alternatif kepada perkhidmatan jalur lebar berwayar seperti [[Streamyx]]. Setakat ini, perkhidmatan [[3G]] ini ditawarkan oleh Celcom dan [[Maxis]]. Celcom turut memberikan perkhidmatan jalur lebar yang dinaiktaraf kepada 3.5G atau dipanggil [[Capaian Paket Pindah Turun Berkelajuan Tinggi]] atau [[HSDPA]], yang memberikan kelajuan muat turun sehingga 3.6 MB/s.
 
Sehingga kini, Celcom merupakan pelayan perkhidmatan jalur lebar yang terbesar dan terluas di Malaysia. Pada peringkat awal, perkhidmatan ini ditawarkan meliputi bandar-bandar utama seperti di Lembah Klang, Pulau Pinang, Melaka, Johor Bahru, [[Genting Highlands]] dan Taman Teknologi Tinggi [[Kulim]]. Perkhidamatan 3G ini terus diluaskan ke merata tempat di negara seperti pada tahun 2006. Seperti pada 1 April 2006, Celcom sudah melancarkan rangkaian 3G di kawasan-kawasan seperti [[Kuching]], [[Seremban]], [[Alor Star]], [[Sungai Petani]], [[Tanjung Malim]], [[Ipoh]], [[Bukit Merah, Perak]], [[Taiping]], [[Kota Bharu]], [[Kuantan]], [[Perlis]] dan [[Kota Kinabalu]].
 
Sejak tahun 2007, Celcom sedang berusaha untuk menawarkan perkhidmatan [[EDGE]] atau Nilai Data yang Dipertingkatkan Untuk Evolusi [[GSM]] kepada para pengguna, iaitu satu permulaan perkhidmatan jalur lebar yang mempertingkatkan muatan data ke dalam rangkaian [[GSM]]/[[GPRS]], dan mempunyai ciri-ciri yang mematuhi garis panduan [[IMT-2000]], ditetapkan oleh [[Kesatuan Telekomunikasi Sedunia]] atau [['''ITU]]'''. [[EDGE]] turut dipanggil sebagai 2.75G. Perkhidmatan ini, di Celcom, hanya memerlukan [[Kad SIM]] yang menyokong perkhidmatan [[GPRS]], tanpa perlu menaiktaraf kad tersebut, tidak seperti perkhidmatan [[3G]] dan [[HSDPA]]. Untuk pemasangan sistem sokongan [[EDGE]], Celcom telah melantik dua syarikat terkemuka dunia; Syarikat [[Alcatel-Lucent]] untuk memasang di Semenanjung Malaysia, dan syarikat [[Motorola]] bagi Malaysia Timur.
 
==Anugerah==
Baris 65:
*[http://www.alcatel-lucent.com/wps/portal/!ut/p/kcxml/04_Sj9SPykssy0xPLMnMz0vM0Y_QjzKLd4x3tXDUL8h2VAQAURh_Yw!!?LMSG_CABINET=Docs_and_Resource_Ctr&LMSG_CONTENT_FILE=News_Releases_2007/News_Article_000702.xml Alcatel-Lucent Dipilih Oleh Celcom Malaysia Untuk Pemasangan Rangkaian Tambahan GSM/EDGE]
*[http://news.thomasnet.com/companystory/495408 Celcom Nenaiktaraf Rangkaiannya di Malaysia Timur Dengan Memilih Capaian GSM Motorola]
 
{{Telekomunikasi di Malaysia}}
 
[[Kategori:TM Group of Companies]]