Belon udara panas: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kururubot (bincang | sumb.)
k Link FA & GA kini dikenalikan oleh Wikidata.
Penambahan segmen baru
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 4:
[[Fail:BallonKathedrale01 edit.jpg|thumb|Belon udara panas berbentuk ''Abbey of Saint Gall'']]
 
'''Belon udara panas''' ialah [[belon]] besar yang diisi dengan [[udara]] atau [[gas]] panas yang lebih ringan daripada udara untuk dinaikkan dan diapungkan di udara. Belon udara panas biasanya ada bakul besar untuk membawa penumpang dan sebagainya.
 
Belon jenis ini merupakan teknologi [[penerbangan]] pertama yang mengangkut penumpang manusia dengan berjayanya. Penerbangan belon udara panas yang tidak bertambat pertama kalinya dilakukan oleh [[Jean-François Pilâtre de Rozier]] dan [[François Laurent d'Arlandes]] di dalam belon rekaan [[adik-beradik Montgolfier]]<ref>{{cite web|url=http://www.centennialofflight.gov/essay/Lighter_than_air/Early_Balloon_Flight_in_Europe/LTA1.htm|title=U.S. Centennial of Flight Commisstion: Early Balloon Flight in Europe|accessdate=4 Jun 2008|deadurl=yes|archiveurl=https://web.archive.org/web/20080602012700/http://www.centennialofflight.gov/essay/Lighter_than_air/Early_Balloon_Flight_in_Europe/LTA1.htm|archivedate=2 Jun 2008|df=}}</ref> pada 21 November 1783 di [[Paris]], [[Perancis]],<ref>{{cite book|title=Lighter Than Air|publisher=Johns Hopkins University Press|year=2008|isbn=978-0-8018-9127-4|author=Tom D. Crouch}}</ref>
 
==Pembinaan==
'''Belon udara panas''' ialah [[belon]] besar yang diisi dengan [[udara]] atau [[gas]] panas yang lebih ringan daripada udara untuk dinaikkan dan diapungkan di udara. Belon udara panas biasanya ada bakul besar untuk membawa penumpang dan sebagainya.
Sebuah belon udara panas untuk tujuan pengangkutan terdiri daripada beberapa komponen: sejenis selubung (''envelope'') besar yang memerangkap udara di dalamnya dengan suatu bukaan di bawah, sebuah bakul besar yang dibina untuk menampung bilangan penumpang yang terhad dan penunu yang menghidupkan api daripada bekalan bahan apinya, memanaskan udara dalam selubung agar belon dapat kuasa angkatnya.
 
*'''Selubung (''envelope'')''': selubung yang ada pada rekaan belon moden diperbuat daripada sama ada kain nilon ''ripstop'' ataupun ''dacron'' iaitu sejenis [[poliester]].<ref name="eballoon">{{cite web
| url = http://www.eballoon.org/balloon/envelope.html
| title = Eballoon.org
| accessdate = 21 Disember 2006}}</ref> Bahagian bawah selubung ini sendirinya dijahit bersama sejenis pita khas yang bertujuan mengagihkan berat belon dengan baik lalu menghasilkan gelung yang boleh dipasangkan kepada wayar kabel. Wayar kabel ini dihubungkan dengan bakul penumpang dengan menggunakan [[karabiner]].
 
*'''Bakul''': diperbuat daripada anyaman [[rotan]] dengan sifatnya yang ringan tetapi boleh tahan lama semasa penerbangan berlaku. Ia kadangkalanya juga boleh diperbuat daripada [[aluminium]] yang dibalut kain agar ia mudah alih.<ref>{{cite web
| url = http://aerostation.free.fr/mfr/en/mfr_3.shtml#experiment03
| title = Experimental Buildings: Collapsible Basket
| first = Arnaud
| last = Deramecourt
| year = 2002
| accessdate = 18 Jun 2009}}</ref>
 
*'''Penunu''': pembakar bahan api ini meruapkan cecair [[propana]] daripada tangki-tangki [[aluminium]], [[keluli tahan karat]] atau [[titanium]]<ref>{{cite web
| url = http://www.eballoon.org/balloon/burner.html
| title = The Burner
| accessdate = 14 Februari 2011}}</ref> menjadi bentuk gas yang boleh dicampur dengan udara untuk dibakar dengan menggunakan sejenis api pandu (''pilot light'', biasanya dinyalakan menggunakan [[pemetik api]] atau percikan [[piezoelektrik]]<ref name="LindstrandFuel">{{cite web
| url = http://lindstrand.com/?id=14
| title = Lindstrand Fuel System: Burners & Tanks
| accessdate = 5 Mac 2007}}</ref>). Api besar yang terhasil ini akan dihalakan bersama-sama bahan sampingannya ke arah selubung untuk memanaskan udara di dalamnya.
 
==Rujukan==
{{Reflist}}
 
== Pautan Luar ==