Abdomen: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
k Bot: perubahan kosmetik
Baris 1:
{{For|abdomen manusia|abdomen manusia}}
[[Fail:Abdomen-head-thorax-ms.svg|thumb|rightkiri|250px|Abdomen pada manusia dan semut]]
 
Bagi [[vertebrat]] seperti [[mamalia]], '''abdomen''' membentuk bahagian badan antara [[toraks]] (dada) dan [[pelvis]]. Bahagian yang diliputi oleh abdomen dikenali sebagai [[rongga abdomen]]. Dalam [[artropod]], ia merupakan bahagian badan yang paling jauh di mana terletak di belakang toraks atau [[sefalotoraks]].
Baris 12:
* Sistem urinari: [[Buah pinggang]] dan [[ureter]]
* Organ lain: [[Limpa]]
Sesetengah mamalia mempunyai organ abdomen yang khas. Contohnya perut ruminan (suborder mamalia) yang dibahagi kepada empat ruang iaitu [[rumen]], [[retikulum]], [[omasum]] dan [[abomasum]].<ref>"Ruminant." The Veterinary Dictionary. Elsevier, 2007. http://www.answers.com/topic/ruminant [Dicapai: 22 Oktober 2007].</ref>
 
== Interverbrat ==
[[Fail:Scheme ant worker anatomy-ms.svg|thumb|rightkiri|300px|Dalam semut pekerja, abdomen terdiri daripada [[propodeum]] yang dicantumkan kepada [[toraks]] dan [[metasoma]], dirinya terbahagi kepada [[petiol (serangga)|petiol]] sempit dan bebuli [[gaster]].]]
Abdomen interverbrat dibentuk oleh siri plat atas cekung yang disebut [[tergit]] dan plat atas cembung yang dikenali sebagai [[sternit]], keseluruhannya dicantum oleh membran yang boleh diregang.
 
Abdomen mengandungi saluran pencernaan serangga dan organ pembiakan, ia terdiri daripada 11 segmen di dalam kebanyakan order serangga tatkala segmen ke-11 tiada dalam serangga dewasa pada kebanyakan order yang lebih tinggi. Bilangan segemen ini berbeza-beza dari spesies ke spesies dengan bilangan segmen yang ketara dikurangkan kepada tujuh sahaja dalam [[lebah]] biasa. [[Collembola]] pula hanya mempunyai enam segmen abdomen.
 
Kadangkala abdomen telah diubah suai. Dalam [[semut]], segmen abdomen pertama telah dicantumkan kepada [[toraks]] dan dipanggil [[propodeum]]. Segmen kedua membentuk [[petiol (serangga)|petiol]] sempit. Sesetengah semut memiliki segmen [[pospetiol (serangga)|pospetiol]] dan baki segmen membentuk bebuli [[gaster]].
 
Berbeza dengan artropod, serangga tidak mempunyai kaki pada abdomen dalam bentuk dewasa, namun Protura memilikinya dengan apendaj bak kaki pada tiga segmen abdomen pertama manakala [[Archaeognatha]] pula mempunyai "jarum" kecil dan beratikulat di mana merujuk kepada apendaj rudimen. Kebanyakan larva serangga termasuk [[Lepidoptera]] and [[Symphyta]] (lalat gergaji) memiliki apendaj berisi dipanggil [[prokaki]] pada segmen abdomennya di mana membenarkan mereka untuk mencengkam tepi daun ketika bergerak keliling.