B. S. Rajhans: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kemaskini.
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
k Bot: perubahan kosmetik
Baris 43:
'''B.S. Rajhans''' atau nama penuhnya '''Balden Singh Rajhans''' (1903–31 Mei 1955) merupakan seorang pengarah filem [[Melayu]] yang menerbitkan filem dengan syarikat [[Malay Film Productions Ltd]] (MFP). Dia merupakan berketurunan Punjabi dan dilahirkan di Calcutta (Kalkota), India pada 1905. Pada tahun 1927, dia telah mengarahkan filem "Krishnabana Tirandaz". Kemudian dia bekerja dengan Syarikat East India Film yang dimiliki seorang jutawan di sana.
 
== Kerjaya ==
Dalam tempoh masa enam bulan B.S. Rajhans telah mengarah empat filem yang mendapat sambutan termasuk "King for a Day" (Raja Sehari). B.S. Rajhans kemudian telah dia datang ke [[Malaya]] ([[Singapura]]). Syarikat [[Malay Film Productions Ltd]] telah membawa B.S. Rajhans bagi menghasilkan filem Melayu, berasaskan pengalamannya dalam bidang perfileman. Filem arahan pertamanya yang disahkan adalah ''[[filem Singapura Di Waktu Malam|Singapura di Waktu Malam]]'',<ref>[http://www.imdb.com/name/nm0707413/ B.S. Rajhans]</ref> lakonan [[Siput Sarawak]] dan [[Bakhtiar Affendi]] pada tahun 1947. Beliau dikatakan mengarah filem Melayu pertama, iaitu ''[[filem Laila Majnun (1933)|Laila Majnun]]'' (1933) tetapi tiada salinan filem tersebut yang ada dengan itu tidak dapat disahkan dengan pasti.<ref>[http://www.criticine.com/feature_article.php?id=17 Voices of Malaysian Cinema.]</ref>
 
Bagaimanapun, disebabakan menghadapi masaalah seperti ketiadaan studio dan peralatan perfileman yang tidak mencukupi dan sempurna, B.S. Rajhans kembali ke India. Disana dia terus menghasilkan beberaa buah filem termasuk filem "Chhostisi Duniya" (1939).
 
Pada bulan Oktober 1941, B.S. Rajhans kembali semula ke Malaya dan memulakan penggambaran filem ''Menantoe Doerhaka'' (Menantu Durhaka) keluaran Tan & Wong Film Co. (Indonesia). Penggambaran filem tersebut telah tergendala perlaksanaannya kerana meletusnya perang dunia kedua, bagaimanapun ia dapat disiap dan ditayangkan pada tahun 1946.
 
Pada tahun 1946 itu juga, S.M. Chesty bersama rakan-rakan seperniagaannya telah menubuhkan Malayan Arts Production dan telah menawarkan B.S. Rajhans sebagai pengarah filem ''Seruan Merdeka.''
Baris 56:
Filem ''Singapura Di Waktu Malam'' telah mendapat sembutan hangat dan menaikkan nama [[Siput Sarawak]] dan [[Bachtiar Effendi]]. Berikutan dengan kejayaannya itu, Shaw Broters telah memberi kepercayaan kepadanya untuk mengarahkan beberapa filem lagi termasuk filem ''[[filem Chempaka|Chempaka]]'' dan ''[[filem Pisau Berachun|Pisau Berachun]]''.
 
Disamping mengarah filem dia juga bertindak sebagai pencari bakat (talent scout), dan ketika pergi ke [[Pulau Pinang]], B.S. Rajhans telah tertarik dengan suara [[P. Ramlee]] yang kemudian mempelawanya datang ke Singapura untuk menjadi penyanyi latar.
 
Itu tujuan asalnya, tetapi kerana P. Ramlee mempunyai bakat yang boleh dikatakan luar biasa, kejayaan yang dicapai oleh P. Ramlee melebihi apa yang dicapai oleh B.S. Rajhans yang membawanya ke dunia filem Malaysia.
 
B.S. Rajhans menggunakan suara P. Ramlee untuk S. Roomai Noor dalam ''[[filem Chinta|Chinta]]'' dan ternyata nyanyiannya menjadi minat ramai yang mana selepas itu dia menggunakan suara P. Ramlee untuk [[S. Roomai Noor]] dalam filem ''[[filem Nasib|Nasib]]'' dan ''[[filem Nilam|Nilam]]'', kedua filem tersebut telah memperolehi mendapat kejayaan pecah panggung.
 
Apabila [[L. Krishnan]] dan [[S. Ramanathan]] diterima bertugas sebagai pengarah filem di Shaw Brothers, ini secara sedikit sebanyak telah mengurangkan sedikit beban B.S. Rajhans. Dia bagaimanapun terus mengarahkan beberapa filem lagi yang boleh dikatakan semuanya mencapai kejayaan pecah panggung seperti ''[[filem Rachun Dunia|Rachun Dunia]]'', ''Dewi Murni'', ''Aloha'', ''Bapa Saya'', ''Sejoli'' dan ''Anjoran Nasib''.
 
Pada tahun 1953, selepas menyiapkan filem ''[[filem Raja Sahari|Raja Sahari]]'', [[Ho Ah Loke]] telah menariknya ke Keris Film untuk mengarahkan ''[[filem Buloh Perindu|Buloh Perindu]]'' yang boleh dinggap sebagai filem [[Malaysia]] pertama yang di warnawarnikan.
 
Sungguhpun filem tersebut kurang mendapat sambutan tetapi B.S. Rajhans terus mengarahkan dua filem lagi, ''Insaf'' dan ''Terang Bulan Di Malaya''.
 
Pada tahun 1954, B.S. Rajhans kembali semula ke [[Shaw Brothers]] mengarahkan filem ''Empat Isteri'' yang merupakan filem terakhir yang diarahkannya.
 
== Kematian ==
B.S. Rajhans meninggal dunia dalam kereta (semasa hendak ke pejabatnya) kerana sakit jantung pada 31 Mei 1955. Mayatnya telah di bakar di Bidasari pada 9.30 pagi 1 Jun 1955. <ref>[http://filemklasikmalaysia.blogspot.com/2012/05/pergimu-takkan-kembali-lagi.html PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI]</ref>
 
== Filemografi ==
* [[Filem Laila Majnun (1933)|Laila Majnun]] (1933)
* [[Filem Seruan Merdeka|Seruan Merdeka]] (1946)
Baris 87:
* [[Filem Bapa Saya|Bapa Saya]] (1951)
* [[Filem Sejoli|Sejoli]] (1951)
* [[Filem Aladdin|Aladdin]] (1952)
* [[Filem Anjuran Nasib|Anjuran Nasib]] (1952)
* [[Filem Antara Senyum Dan Tangis|Antara Senyum Dan Tangis]] (1952)
Baris 97:
</div>
 
== Pautan luar ==
* {{imdb name|0707413}}