Bangunan Stadthuys: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
k Bot: perubahan kosmetik
Baris 1:
[[ImageFail:Malacca.jpg|250px|thumb|Bangunan Stadhuys serba merah dan dilengkapi sebuah menara jam.]]
'''Stadthuys''' ("dewan bandaraya" dalam [[bahasa Belanda]]) ialah sebuah binaan bersejarah terletak bersebelahan dengan [[Gereja Christ]] di [[Jalan Laksamana]], [[Melaka]], [[Malaysia]]. Bangunan ini dibina pada tahun [[1650]] sebagai penempatan rasmi [[Gabenor]] [[Belanda]] dan Timbalan Gabenor, di mana struktur bangunan ini melambangkan seni rekabentuk Belanda yang halus.
 
Baris 10:
Dengan terletaknya di Dataran Belanda, Stadthuys muncul megah dan mengagumkan dengan tingkap-tingkap besar, dengan pintu dan tangga. Di bahagian luar, terdapat langkan batu yang membawa kepada dwi tangga seterusnya ke balkoni kecil yang juga boleh diakses melalui pintu di tingkat pertama. Semasa pemerintahan Belanda di Melaka, Stadthuys, seperti semua bangunan pentadbiran Belanda yang lain di Asia Tenggara, ianya juga dicat putih. Melalui perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1824, Melaka telah diserahkan oleh Belanda dan bandar tersebut menjadi tanah jajahan British. Pada tahun 1911, British mengecat bangunan Stadthuys dan Gereja Christ dengan warna merah salmon. Sebab-sebab sebenar mengapa bangunan ini telah dicat merah oleh British kini hilang ditelan zaman tetapi legenda dan teori-teori berkaitannya masih banyak.
 
Bangunan ini juga mempunyai catatan sejarahnya dalam bidang pendidikan, yang mana pada [[abad ke-19]] ketika pemerintahan [[Malaya British|Inggeris]], sebuah sekolah yang dikendalikan oleh golongan paderi dikenali sebagai [[Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Melaka|Malacca Free School]] dibina di perkarangan Bangunan Stadthuys. Ketika itu pendidikan sekolah diberikan percuma oleh Inggeris. Bagaimanapun kebanyakan pelajar di sekolah itu terdiri daripada anak-anak golongan [[Cina]] yang miskin.
 
Bangunan itu kini menempatkan [[Muzium Sejarah dan Etnografi]], [[Galeri Laksamana Cheng Ho]], [[Muzium Sastera]], [[Muzium Pemerintahan Demokrasi]], dan [[Muzium Yang Di-Pertua Negeri]]. Paparan harian muzium ini ialah pakaian pengantin tradisional dan artifak dari zaman kegemilangan Melaka.<ref>[http://www.melaka.gov.my/v3/view_article.php?pageid=82 Kompleks Muzium Stadthuys.]</ref>
 
== Lihat juga ==
* [[Pelancongan di Melaka]]
 
== Rujukan ==
{{reflist}}
* {{cite book|last=De Witt|first=Dennis|title=Melaka from the Top|location=Malaysia|publisher=Nutmeg Publishing|year=2010|isbn=9789834351922}}
 
== Pautan luar ==
* {{en icon}}[http://www.hollandfocus.com/dennisdewitt_stadthuys.htm The Stadthuys of Malacca], Holland Focus
* {{en icon}}[http://www.amazingmelaka.com/2006/01/28/dutch-square-the-stadhuys/ Dutch Square (The Stadthuys)]
* {{ms}} [http://www.daftarwarisan.gov.my/index.php?page=warisan_keb_home&subpage=show_detail&category=1&id=302 Jabatan Warisan Negara.]