Briged: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
k Bot: perubahan kosmetik
Baris 1:
{{Unit-unit ketenteraan}}
[[FileFail:Brigade Nato.png|thumb|rightkiri|200px|Simbol standard [[NATO]] bagi sebuah briged infantri.]]
 
'''Briged''' (''Brigade'') adalah satu formasi tempur di dalam [[Tentera Darat Malaysia]] dan juga pasukan-pasukan tentera negara lain, dan biasanya mempunyai kekuatan 3 batalion ataupun rejimen. Kadangkala bilangan battalion diubah menjadi empat battalion ataupun dua battalion mengikut keperluan taktikal.
 
Sesuatu Briged akan mempunyai elemen bantuan seperti 1 x bateri artileri, 1 x skuadron semboyan, 1 x kompeni polis tentera, 1 x platun risik, 1 x skuadron askar jurutera, dan 1 x Detasmen Bantuan Ringan Kor Jurutera Letrik Dan Jentera.
Baris 8:
Briged biasnya diketuai oleh seorang [[Brigedier Jeneral]], tetapi kadangkala diberikan perintah kepada [[Kolonel]]. Briged boleh beroperasi secara sendirian sebagai '''Briged Bebas''' tetapi lazimnya menjadi unit di dalam sesebuah [[Divisyen (tentera)|divisyen]].
 
== Jenis briged ==
Terdapat 3 jenis briged dalam Tentera Darat Malaysia.
 
=== Briged Infantri ===
 
Briged Infantri mempunyai 3 batalion infantri dan tidak mempunyai perisai dalam senarai kelengkapannya. Anggota briged infantri bergerak sama ada menggunakan lori tentera ataupun secara berjalan kaki.
 
=== Briged Mekanis ===
 
Anggota briged mekanis bergerak di medan pertempuran menggunakan kenderaan infantri berperisai seperti ACV300 Adnan, KIFV dan Condor.
 
Kenderaan berperisai akan membawa anggota briged mekanis di medan pertempur di mana anggota briged akan keluar daripada kenderaan berperisai mereka untuk bertempur.
 
Kenderaan berperisai mereka akan seterusnya digunakan sebagai elemen bantuan dengan menggunakan mesingan ataupun meriam kecil.
 
=== Briged Para ===
 
Briged Para terdiri daripada 3 batalion tentera infantri yang dilatih untuk menggunakn payung terjun untuk memasuki medan pertempuran. Selepas mencecah tanah, mereka menjadi pasukan infantry biasa.
 
Disebabkan mereka dibawa ke medan tempur dengan pesawat udara, kelengkapan mereka hanya meliputi kelengkapan ringan.
Baris 31:
Dengan ini batalion para boleh digerakkan dengan cepat dari markas ke medan tempur. Dengan demikian, briged Para digunakan sebagai unit utama dalam [[Pasukan Atur Cepat]] (PAC) [[Tentera Darat Malaysia]].
 
=== Briged Perisai ===
 
Satu jenis briged yang mungkin ditubuhkan oleh [[Tentera Darat Malaysia]] ialah [[Briged Perisai]] yang mempunyai elemen tempur terdiri dari rejimen perisai dan batalion mekanis. Biasanya briged perisai mempunyai dua rejimen [[kereta kebal]] MBT dan satu batalion askar mekanis. Ketika ini, Tentera Darat Malaysia masih belum mempunyai briged perisai.
 
[[Kategori:Ketenteraan]]