Charles de Gaulle: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
k Bot: perubahan kosmetik
Baris 35:
Dilahirkan di [[Lille]], Charles de Gaulle merupakan anak ketiga kepada sebuah keluarga [[Roman Katolik]] yang konservatif. Beliau dibesarkan di [[Paris]], dan dididik di [[Kolej Stanislas]] di sana, serta kemudiannya di [[Belgium]].
 
Keluarga sebelah ayahnya merupakan golongan [[bangsawan]] dari [[Normandy]] dan [[Burgundy]] yang telah menetap di Paris selama lebih kurang satu [[abad]], manakala keluarga sebelah ibunya merupakan usahawan-[[usahawan]] yang kaya dari kawasan [[perindustrian]] Lille di [[Flanders Perancis]].
 
Datuk De Gaulle ahli [[sejarah]], manakala neneknya penulis. Ayahnya merupakan seorang [[profesor]] di sekolah-[[sekolah]] [[Roman Katolik]] swasta yang kemudian menubuhkan sekolah swasta sendiri. Perdebatan-perdebatan [[politik]] sering diadakan di rumah dan sejak masa awal, de Gaulle telah didedahkan kepada pengarang-pengarang [[konservatisme]] yang utama. Keluarganya [[Kesetianegaraan|amat patriotik]], dan beliau dibesarkan dalam kultus [[Negara]] (de Gaulle menulis dalam [[kisah kenangan]]nya bahawa "ibuku berasa keghairahan yang tidak ada kompromi terhadap tanah airnya yang setanding dengan kewarakannya").
 
==== Nama ''de'' ====
"''de''" dalam "de Gaulle" bukannya partikel bangsawan, walaupun keluarga de Gaulle merupakan keluarga bangsawan kesatria yang kuno. Nenek moyang terawal de Gaulle yang diketahui ialah seorang tuan tanah utama pada [[abad ke-12]] di bawah Raja [[Philip Augustus]].
 
Nama "de Gaulle" dianggap berasal daripada [[bahasa Germanik]], "De Walle," yang bermaksud "dinding." Kebanyakan orang bangsawan Perancis yang lama merupakan keturunan Germanik dan sering menggunakan nama Germanik. Walaupun bukan partikel bangsawan sebenarnya, "''de''" dalam "de Gaulle" telah ditulis dengan huruf kecil ''d'' sejak berabad-abad lagi.