Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 37:
[[Imej:evolusi logo felda.png|thumb|Right|evolusi logo FELDA]]
 
FELDA diasaskan pada [[1 Julai]] [[1956]] apabila [[Akta Pembangunan Tanah 1956|Akta Pembangunan Tanah]] (1956) dikuatkuasakan.<ref>[http://www.felda.net.my/index.php/felda/mengenai-felda Mengenai FELDA].</ref> Modal permulaannya [[Ringgit|RM]]10 juta, dan petempatan sulung yang terdiri daripada 16.2 kilometer persegi [[Pokok Getah|pokok getah]] dibuka di [[Ayer Lanas]] pada 1957 . Pada tahun 1958, lima skim yang serupa dibuka.<ref name="case">Simeh, Arif & Tengku Ahmad, Tengku Mohd. Ariff (2001). [http://r0.unctad.org/infocomm/Diversification/bangkok/palmoil.pdf "Kajian Kes mengenai Kelapa Sawit Malaysia"]. Dicapai pada 19 Februari 2006.</ref> Ianya ditadbirkan oleh sebuah Lembaga yang bertanggungjawab kepada Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri di bawah Jabatan Perdana Menteri.
FELDA berperanan untuk memajukan tanah baru untuk dijadikan ladang pertanian yang produktif melalui pengurusan pertanian yang berkesan di kalangan peneroka serta menggalakkan pertumbuhan masyarakat yang maju dan berdisiplin.
Pada dekad 1960-an dan 1970-an, dasar kerajaan mula menekankan pelbagaian tanaman untuk mengelakkan kejatuhan harga yang besar. Pada tahun [[1961]], petempatan kelapa sawit FELDA yang sulung dibuka, dengan 3.75&nbsp;km² tanah. Sehingga tahun 2000, tanah sebanyak 6,855.2&nbsp;km² di bawah rancangan FELDA tertumpu kepada kelapa sawit.<ref name="case"/>
 
FELDA bertumpu di [[Semenanjung Malaysia]], manakala agensi-agensi kerajaan yang lain bertanggungjawab kepada pembangunan tanah di negeri-negeri [[Sabah]] dan [[Sarawak]] yang membentuk [[Malaysia Timur]].<ref>Manshard, Walther & Morgan, William B. (eds., 1988). [http://www.unu.edu/unupress/unupbooks/80636e/80636E03.htm "Malaysia"]. Dicapai pada 19 Februari 2006.</ref>
===Dasar Pengambilan Peneroka===
 
===Dasar Pengambilan Peneroka===
Kerajaan telah membuat keputusan tidak lagi melaksanakan pengambilan peneroka baru mulai 1 Januari 1990 di semua tanah rancangan seluruh negara. Keputusan kerajaan adalah berdasarkan sumber kewangan yang terhad untuk membiayai projek pembangunan dan infrastruktur di tanah rancangan. Rancangan yang tiada berpeneroka diuruskan oleh FELDA dan hasilnya digunakan untuk membiayai kos pengurusan dan segala projek infrastruktur di tanah rancangan.