Suzzanna: Perbezaan antara semakan
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih |
|||
Baris 28:
Suzzanna yang merupakan kacukan [[Jawa]]-[[Manado]]-[[Jerman]]-[[Belanda]] dilahirkan di Buitenzorg (kini [[Bogor]]) pada 13 Oktober 1942.{{sfn|Biran|1979|p=487}}
Menjelang pertengahan 1960an, beliau berkahwin dengan pelakon Dicky Suprapto. Bersama-sama, pada tahun 1965, mereka menubuhkan syarikat produksi filem Tri Murni Film, yang menghasilkan hanya satu filem—''Segenggam Tanah Perbatasan'' (1965), lakonan Suzzanna dan Suprapto—sebelum ditutup. Mereka bekerjasama dalam satu lagi filem, ''Suzie'', pada tahun berikutnya. Usaha terakhir mereka, Tidar Jaya Film, adalah paling berjaya;{{sfn|Biran|1979|p=487}} ia menerbitkan empat filem antara 1970 dan 1973.{{sfn|Tidar Jaya Film}} Satu daripadanya ialah ''Tuan Tanah Kedawung'' (1970), sebuah adaptasi komik oleh Ganes TH. Dalam filem ini, Suzzanna memegang watak Ratna, seorang wanita yang mesti melindungi tanah tanah suaminya semasa dia bekerja di [[Borneo]].{{sfn|Kristanto|2007|p=79}} Tidar Jaya seterusnya menerbitkan ''Beranak dalam Kubur'' (1971), ''Bumi Makin Panas'' (1973), dan ''Napsu Gila'' (1973); yang semuanya menampilkan Suzzanna.{{sfn|Tidar Jaya Film}}
|