Joseph Pairin Kitingan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kemaskini.
Baris 26:
| signature =
}}
'''Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan''' (dilahirkan pada [[17 Ogos]] [[1940]] di [[Papar]], Sabah) merupakan seorang ahli politik [[Malaysia]] dan pernah menjadi [[Ketua Menteri Sabah|Ketua Menteri]] [[Sabah]] ke-7.<ref>{{cite web |url=http://www.sabah.gov.my/dun/arkib/ketuamenteri.htm |title=Senarai Ketua Menteri Sabah |accessdate=5 Ogos 2008 |publisher=Kerajaan Negeri Sabah}}</ref> Beliau memegang jawatan ini dari April [[1985]] hingga Mac [[1994]]. Kini beliau merupakan Timbalan Ketua Menteri Sabah dan juga Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah dan memegang kedua-dua jawatan ini sejak Mac [[2004]].
Pairin pernah bersekolah di [[Sekolah Menengah Kebangsaan La Salle, Kota Kinabalu]], sebuah sekolah lelaki di [[Kota Kinabalu]].<ref>{{cite web |url=http://www.lasallesacredheart.org/Exco/pastpresidents.htm|title=Past Presidents|publisher=Association of Ex-students of La Salle and Sacred Heart|accessdate=2008-01-22}}</ref> Beliau memperolehi biasiswa [[Rancangan Colombo]] dan melanjutkan pelajaran di [[Universiti Adelaide]] dalam jurusan undang-undang dan selepas itu beliau pulang ke Sabah untuk bekerja sebagai Peguam Negeri dengan Jabatan Perundangan Sabah dan seterusnya dijadikan Timbalan Pendakwa Raya Umum. Selepas itu, Pairin menyertai sebuah firma guaman tempatan.
 
Adiknya [[Jeffrey Kitingan]] juga seorang ahli politik tetapi di [[Parti Reformasi Negeri]] (STAR).
 
== Kerjaya politik ==
Pairin mulai giat dalam politik sejak tahun [[1975]]. Beliau menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah kawasan [[Tambunan]] pada tahun [[1976]] di bawah parti [[BERJAYA]], sebuah parti yang dipimpin oleh [[Harris Salleh]] semasa itu dan dilantik sebagai seorang menteri.
 
Pairin tidak puas hati pada kepimpinan parti ini dan membantah sesetengah daripada polisi parti ini. Beliau berasa bahawa parti ini telah terkeluar daripada perjuangan asalnya. Akhirnya beliau terpaksa meninggalkan parti ini pada tahun [[1984]].<ref>http://www.pilihanraya.com.my/english/pbs.asp</ref>
 
== Kepimpinan ==
Pada Disember [[1984]], Pairin menjadi calon bebas untuk mempertahankan kerusinya daripada parti pemerintah dalam pilihanraya kecil Tambunan. Kepimpinannya di sebuah negeri dalam sebuah persekutuan yang agama rasminya ialah Islam dipersoalkan kerana agamanya. Parti pemerintah Sabah yang merupakan salah satu ahli [[Barisan Nasional]] sentiasa tidak teragak-agak mempergunakan persoalan bangsa yang sensitif yang umumnya tidak patut ditimbulkan di dalam sebuah negara yang berbagai kaum. Walaupun menghadapi kemungkinan berjaya yang tipis sekali, Pairin masih dapat memenangi pilihan raya dengan majoriti yang agak besar.
 
Pada Mac [[1985]], Pairin menubuhkan [[Parti Bersatu Sabah]] (PBS). Parti ini berjaya didaftarkan dan diiktirafkan sebagai sebuah parti politik pada jam ke-11. Ini membolehkannya memimpin parti ini menentang parti pemerintah negeri ketika itu dalam [[Pilihan Raya negeri Sabah, 1985]] pada bulan April.
 
Walaupun baru 47 hari ditubuhkan, PBS menang dalam pilihanraya tersebut, menumpaskan BERJAYA.<ref name=asiansurvey>{{cite web|url=http://links.jstor.org/sici?sici=0004-4687(198607)26%3A7%3C815%3ATSSEOA%3E2.0.CO%3B2-S|author=K. Ramanathan Kalimuthu|title=The Sabah State Elections of April 1985|publisher=Asian Survey, Vol. 26, No. 7|accessdate=2008-01-18}}</ref> Pairin mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah ke-tujuh. Dia memegang jawatan ini selama sembilan tahun sehingga 1994. Pairin juga menerajui PBS dalam memenangi tiga lagi pilihanraya negeri pada [[1986]], [[1990]], dan [[1994]].
 
Pada pilihanraya negeri Sabah 1994, PBS menang dengan mendapat 25 kerusi Dewan Undangan Negeri, berbanding dengan 23 kerusi yang dimenangi oleh Barisan Nasional. Namun sejurus selepas pengumuman keputusan pilihanraya tersebut, beberapa ahli PBS meninggalkan parti tersebut untuk masuk ke dalam gabungan Barisan Nasional. Pairin tidak dibenarkan mengangkat sumpah akibat insiden ini. Oleh itu, [[Sakaran Dandai]] dari UMNO mengangkat sumpah menjadi Ketua Menteri ke-lapan Sabah.<ref>{{cite news|publisher=New Straits Times|url=http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Sunday/Columns/2086779/Article/index_html|auhtor=Kalimullah Hassan|title=OPINION: Reforms yes, but not through violence in the streets|accessdate=2008-01-18|date=[[November 18]], [[2007]]}}</ref>
Baris 51:
 
== Pilihan raya Malaysia 2008 ==
Dalam [[Pilihan Raya Umum Malaysia 2008]], Joseph Pairin Kitingan bertanding menggunakan tiket [[Barisan Nasional]] . Beliau telah bertanding di kawasan [[parlimen]] [[Keningau]] , negeri [[Sabah]]. Joseph Pairin Kitingan telah menang dengan mendapat undi sebanyak 14598.
 
Calon lawan ialah [[Peter Kodou]] @ Peter Anthony Kodou dari [[DAP]] mendapat 560 undi dan hilang deposit. Adiknya [[Jeffey Kitingan|Gapari Bin Katingan]] @ Geoffrey Kitingan dari [[PKR]] mendapat 10,334 undi - Kalah . Peratus pengundi yang keluar ialah 72.95 %. Undi rosak sebanyak 464.