Kampung Belah Dua: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Mencipta laman baru dengan kandungan 'Kampung Belah Dua terletak di lokasi strategik di tengah2 kerancakkan arus pemodenan kini. Jalan Permatang Pauh menghubungkan Kampung Belah Dua.Mejoriti pen...'
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 19:49, 10 April 2018

Kampung Belah Dua terletak di lokasi strategik di tengah2 kerancakkan arus pemodenan kini. Jalan Permatang Pauh menghubungkan Kampung Belah Dua.Mejoriti pendudukknya adalah berketurunan Melayu.Sejarah asal nama kampung ini di percayai apabila sebuah jalan raya baru yang hendak di bina iaitu Jalan Permatang Pauh.Akibat daripada itu,rumah penduduk perlu di robohkan untuk memberi laluan kepada pembinanan jalanraya ini ketika era zaman British .Kampung Belah Dua terbentuk menjadi empat buah pulau yang di kelilingi sawah padi ketika itu yang menjadi pekerjaan penduduk pada ketika itu.

Ada juga sumber mengatakan Kampung ini di buka oleh seorang pahlawan dari Kedah yang bernama Panglima Awang . Asal usul Panglima Awang adalah berasal dari Langkawi , Kedah . Perang Kedah Siam ketika abad ke 19 telah tercetus ketika itu. Penghijrahan Panglima Awang dari Langkawi adalah untuk mendapatkan perlindungan di Seberang Prai yang ketika itu di bawah jajahan British.Kerajaan Siam ketika itu menjadi kuat di mana negeri Perlis , Kedah menjadi naungan kerajaan siam. Perang Kedah Siam berlarutan beberapa tahun menyebabkan berlaku pemberontakkan rakyat Kedah menentang Kerajaan Siam.

Panglima Awang bersama-sama beberapa sahabatnya melarikan diri ke Seberang Prai,dan berlindung di sebuah kampung yang kemudiannya di berikan nama Kampung Belah Dua. Panglima Awang meninggalkan anak serta & isterinya di kampung tersebut. Beliau telah kembali ke Kuala Nerang untuk berperang dengan Siam.