Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Azuru79 (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
k Pembaharuan.
Baris 48:
}}
{{Politik Malaysia}}
'''Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR)''' ([[bahasa Inggeris|Inggeris]]: '''Election Commission of Malaysia''') ialah sebuah suruhanjaya yang menyelia, mengelola, dan bertanggungjawab dalam urusan pilihan raya di Malaysia. Ia telah ditetapkan dalam Perkara 114 - [[Perlembagaan Malaysia]]. Jawatan Pengerusi SPR, yang sebelum ini disandanh oleh Tan Sri [[Abdul Aziz Mohd Yusof]] kini telah digantikan oleh YBhg. Tan Sri [[Mohd Hashim Bin Abdullah]] pada [[24 Januari]] [[2016]]. <ref>[http://www.malaysiakini.com/news/92840], http://www.spr.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=153&Itemid=219</ref>
 
==Sejarah==
[[Fail:Suruhanjaya Pilihan Raya Latest.jpg|kanan|thumb|250x250px|Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya di Putrajaya.]]
Suruhanjaya Pilihan Raya telah dibentuk pada [[4 September]] [[1957]], yang mana dalam Perkara 114 - [[Perlembagaan Malaysia]] memberikan kuasa kepada SPR untuk mengadakan pilihan raya umum ke atas [[Dewan Rakyat]] dan [[Dewan Undangan Negeri]] serta mengadakan pilihan raya kecil jika berlaku kekosongan.
 
Pada awal penubuhan, SPR terdiri daripada seorang pengerusi dan dua orang ahli. Pengerusi SPR pertama ialah Datuk Dr [[Mustafa Albakri Hassan]] bersama dengan dua ahli yang lain iaitu Tuan [[Lee Ewe Boon]] dan Tuan [[Jitt Singh]].
Baris 67:
Di bawah Perkara 114, Suruhanjaya memiliki kuasa "mengadakan pilihan raya umum ke atas ''[[Dewan Rakyat]]'' dan Dewan Undangan Negeri, dan juga mengadakan pilihan raya kecil sekiranya berlaku kekosongan". Di bawah Perlembagaan [[Persekutuan Tanah Melayu]], Suruhanjaya mempunyai seorang Pengerusi dan dua ahli, tetapi selepas Tanah Melayu digabungkan dengan [[Sabah]], [[Sarawak]] dan [[Singapura]] untuk membentuk Malaysia, keahlian Suruhanjaya bertambah selepas penambahan ahli dari Sabah atau Sarawak. Satu rang diwujudkan pada 1981 yang membolehkan penambahan ahli lain dan mewujudkan jawatan Timbalan Presiden.<ref name="rachagan 28-29">Rachagan, S. Sothi (1993). ''Law and the Electoral Process in Malaysia'', pp. 28&#x2013;29. Kuala Lumpur: University of Malaya Press. ISBN 967-9940-45-4.</ref>
 
Suruhanjaya mempunyai kuasa melakukan persempadanan semula dengan mengkaji kawasan-kawasan pilihan raya setiap tidak kurang 8 tahun, menjalankan urusan pendaftaran pemilih dan daftar semakan pemilih, dan mengawal kelancaran pilihan raya seperti yang ditetapkan. Walaupun Perlembagaan tidak merujuk kepada Suruhanjaya sebagai badan bebas daripada pengaruh kerajaan atau jika tidak, kawasan pengundian ditimbangkan oleh Perlembagaan sepertimana melindungi kebebasan Suruhanjaya. Dalam pada itu, suruhanjaya ini turut dikawalrapi oleh sebuah badan pemilikan, dan boleh diubah melalui prosedur sama mengikut keputusan [[Mahkamah Malaysia|Mahkamah Tinggi]]. <ref name="rachagan 28-29"/>
 
Anggota-anggota Suruhanjaya dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja. Ketika melantik Ahli-ahli Suruhanjaya, Yang di-Pertuan Agong ''hendaklah memandang kepada mustahaknya diadakan suatu Suruhanjaya Pilihan Raya yang mendapat kepercayaan awam''. Walaupun Perlembagaan tidak menyatakan peranan [[Perdana Menteri Malaysia|Perdana Menteri]] mengenai perkara ini, Perkara 40 - Perlembagaan mestilah dipatuhi, yang mana Raja tidak dibenarkan bertindak mengikut kepentingan sendiri kecuali tidak dinyatakan secara jelas; dalam semua kes, Raja mestilah mematuhi nasihat Perdana Menteri, dan mengadakan perjumpaan antara Suruhanjaya berdasarkan nasihat Perdana Menteri. Anggota Suruhanjaya mestilah meletakkan jawatan secara sukarela setelah mencapai umur 65 tahun.<ref>Rachagan, pp. 28&ndash;30.</ref>