Sultan Mahmud Mangkat Dijulang (filem): Perbezaan antara semakan
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Rachun Dunia (bincang | sumb.) |
Rachun Dunia (bincang | sumb.) |
||
Baris 36:
Datuk Laksamana dititahkan untuk belayar bagi menjalankan tugas hakikinya bagi menghapuskan kegiatan lanun di perairan Johor. Beliau berhasrat untuk menghantar pulang Wan Anum ke Kuala Sedili kerana bimbang akan keadaannya yang kini sedang berbadan dua. Di samping itu, sepanjang pemergiannya, Wan Anum tiada saudara mara yang tinggal di Kota Tinggi untuk menjaganya. Namun hasrat tersebut tidak dipersetujui oleh Baginda Sultan. Baginda dan para pembesar istana akan menjaga keadaan Wan Anum sehingga kepulangan Datuk Laksamana kelak. Dalam masa yang sama, Tun Aman juga mempunyai hasrat untuk membunuh Tun Bija Ali di atas pembunuhan kekandanya Tun Khalid beberapa tahun yang lalu. Tun Aman merancang untuk mempergunakan kakaknya, Tun Tijah ([[Siput Sarawak]]) untuk memikat hati Tun Bija Ali sebelum membunuhnya kelak.
Pada suatu hari, Tok Penghulu ([[A. B. Ibrahim]]) yang baru pulang dari kebun diraja telah lalu dihadapan rumah Datuk Laksamana dan bertembung dengan Wan Anum. Kerana mengidamkan memakan nangka, beliau meminta seulas sahaja nangka dan Tok Penghulu pada mulanya Tok Penghulu melarangnya akan tetapi kerana beliau kasihankan Wan Anum dan kandungannya, beliau tetap memberikannya dengan perasaan yang serba salah. Memandangkan
Kemurkaan baginda bertambah apabila Tun Bija Ali mengapi-apikan baginda agar Wan Anum
Kematian Wan Anum itu tetap jua diketahui oleh Datuk Laksamana selepas terdengar dari mulut orang kampung. Alangkah sedih hatinya apabila isteri kesayangannya itu dibunuh oleh Baginda Sultan hanya kerana seulas nangka. Beliau bersama Tun Aman berkomplot untuk menghapuskan siapa yang menjadi tali barut pembunuhan isterinya tempoh hari. Dalam masa yang sama, Tun Bija Ali berjaya diperdaya oleh Tun Tijah dan Tun Aman. Akhirnya, Tun Bija Ali berjaya dibunuh oleh Tun Aman. Kematian Tun Bija Ali di atas tangan Tun Aman telah diketahui oleh Datuk Bentara Luar ([[Haji Arshad]]) dan Baginda Sultan yang bimbang Datuk Laksamana akan membalas dendam terhadap pembunuhan Wan Anum
==Pelakon==
|