Evolusi KL Drift 2: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 62:
Dilaporkan bahawa pada minggu pertamanya di pawagam, hasil kutipan filem EKD2 mencecah RM 3.6 juta di 70 pawagam seluruh negara, termasuk RM560,000 pada hari pertama dan RM900,000 pada hari ketiga.<ref>{{cite news|title= RM3.6j dalam 7 hari! |author= Wan Asrudi Wan Hasan |work=Harian Metro |date=2 April 2010 |url=http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/RM3_6jdalam7hari_/Article/index_html |accessdate=15 April 2010 }}</ref> Pada takat 13 hari (6 April), jumlah kutipan meningkat lagi kepada RM 5.2 juta.<ref>{{cite news|title= Evolusi KL Drift 2 dapat sambutan |author= Nurulhisham Abdul Latiff |work=Berita Harian|date=9 April 2010 |url=http://www.bharian.com.my/articles/EvolusiKLDrift2dapatsambutan/Article/ |accessdate=15 April 2010}}</ref>
 
===Ulasan kritikalkritis===
Ezekiel Lee dari Cinema Online memberi 2.5 bintang kepada filem ini, dengan membidas kepincangan logik cerita dan lakon layar yang 'tidak mendatangkan inspirasi', serta Syamsul Yusof sendiri gagal memperbaiki mutu lakonan, namun pada masa yang sama memberi pujian kepada lakonan pelakon pembantu seperti Aaron Aziz dan Shaheizy Sam yang menghiburkan penonton dengan dialog hebat mereka, di samping pemilihan kereta yang mengagumkan dan aksi lasak yang menunjukkan peningkatan dari filem pertama.<ref>[http://www.cinema.com.my/movies/movie_contents.aspx?search=2010.6380.evolusikldrift2.11881 Evolusi Kl Drift 2], Cinema Online, 15 Mac 2010. Diterima pada 30 Mac 2010.</ref> Portal Tupai juga memberi 2.5 bintang dengan memberi pujian kepada lakonan Scha al-Yahya, Shaheizy dan Aaron serta prestasi aksi lasak kereta, tetapi mengeluh akan "hilang fokus" jalan ceritanya.<ref>[http://mytupai.blogspot.com/2010/03/ulasan-evolusi-kl-drift-2-cakap-sampai.html Ulasan: EVOLUSI KL DRIFT 2 - Cakap sampai tayar berasap], Tupai.com.my, 15 Mac 2010. Diterima pada 30 Mac 2010.</ref>