Stimbot: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Addbot (bincang | sumb.)
k Bot: Memindahkan 17 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q846849
Tiada ringkasan suntingan
Baris 7:
'''Stimbot''' ialah masakan komunal yang berasal dari [[Mongolia]], tetapi sekarang dapat dimakan dalam pelbagai bentuk di seluruh [[Asia Timur]]. Ia terdiri daripada periuk air rebusan panas yang diletakkan di tengah meja makan. Semasa periuk dikekalkan mereneh, bahan-bahan makanan dimasukkan ke dalam periuk dan dimasak di atas meja.
 
Hidangan stimbot yang tipikal termasuk hirisan [[daging]], [[sayur daun]], [[cendawan]], [[wontonwantan]], [[ladu]] telur, dan [[makanan laut]]. Makanan yang dimasak biasanya dimakan dengan [[sos]]. Di banyak kawasan, hidangan stimbot sering dimakan pada [[musim sejuk]].
 
==Cina / Mongolia ==
'''Huo Guo''' ({{zh-tsp|t=火鍋|s=火锅|p=huǒguō}}) merupakan nama Cina bagi "periuk panas" iaitu ''huǒ'' bermaksud "api", manakala ''guō'' bermaksud "periuk". '''''Chinese Fondue''''' ialah istilah [[bahasa Inggeris]] yang biasa digunakan di negara-negara Barat. '''''Da Been Lo''''' ialah istilah [[bahasa Kantonis]] untuk stimbot dan dapat diterjemahkan lebih kurang sebagai "memukul sisi periuk".
 
Gaya masakmasakan Cina ini berasal dari [[Mongolia]] dan [[China]] utara, danmelalui munculbentuk dalamprimitifnya bentukyang primitifwujud sejak melebihilebih seribu tahun dahulu. Orang-[[orang nomad|Orang-orang nomad]] [[Mongolia]] masak daging dan sayur di dalam periuk yang diletakkan di atas unggun api. Merekalah yang dikatakan memulakan tradisi menghiris daging dengan nipis supaya dapat memasak tanpa menggunakan bahan api yang banyak.
 
Stimbot menyebar ke selatan semasa [[Dinasti Tang]] (618-906). Kemudian, orang-orang nomad utara yang menetap di China menambah stimbot dengan daging-daging seperti daging lembu dan daging kambing, manakala orang-orang selatan menambah makanan laut. Menjelang [[Dinasti Qing]], stimbot menjadi popular di kebanyakan kawasan di China.