Tania Hudson: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kemaskini maklumat.
Menambah rujukan.
Baris 15:
}}
 
'''Tania Nadira Hudson''', dilahirkan sebagai '''Tania Nadira binti Mohd Redzuan''', tetapi lebih dikenali sebagai '''Tania Hudson''' (lahir 7 Oktober 1985)<ref>[http://www.azhan.co/biodata-tania-hudson-aktres-cun-kacukan-melayu-australia/ Biodata Tania Hudson] Azhan.co (19 April 2017). Diperoleh pada 11 Oktober 2017.</ref> merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia dan adik kepada pelakon, [[Natasha Hudson]].<ref>Siti Athirah Dzulkifly (20 Ogos 2017). [http://www.utusan.com.my/hiburan/tania-hudson-kuatnya-jiwa-si-pejuang-hidup-1.516564 Tania Hudson: Kuatnya si pejuang hidup] ''[[Utusan Malaysia]]''. Diperoleh pada 2 Mei 2017.</ref> Beliau terkenal dengan peranan lakonannya di televisyen termasuk ''[[Mayang Mengurai (drama)|Mayang Mengurai]]'' (2010) dan ''[[Encik Suami Mat Salih Celup]]'' (2017). Selain itu, beliau juga terkenal dengan peranan filem termasuk ''[[Abang Long Fadil 2]]'' (2017) dan ''[[KL Special Force]]'' (2018) yang kedua-duanya arahan [[Syafiq Yusof]].<ref name="Tania wants to do"/>
 
==Kehidupan awal==
Beliau dilahirkan sebagai Tania Nadira binti Mohd Redzuan pada 7 Oktober 1985 di [[Ipoh]], [[Perak]] dan merupakan anak bongsu daripada dua beradik. Kakaknya, [[Natasha Hudson|Natasha Liana]], juga bergiat aktif sebagai pelakon. Seperti kakaknya, beliau juga menggunakan nama keluarga ibunya, ‘Hudson’.<ref>{{cite news|url=https://www.hmetro.com.my/utama/2018/07/355367/terbuka-terima-tawaran|title=Terbuka terima tawaran|author=Ardini Sophia Sina|publisher=[[Harian Metro]]|date=7 Julai 2018|accessdate=8 Julai 2018}}</ref>
 
==Kerjaya==
Tania sebenarnya sudah lama bergiat aktif dalam bidang lakonan, tetapi kurang menyerlah dan jarang muncul dalam drama ataupun filem.<ref>{{cite news|url=https://www.hmetro.com.my/utama/2018/02/314417/bukan-tiada-tawaran|title='Bukan tiada tawaran'|author=Amirul Haswendy Ashari|date=20 Februari 2018|accessdate=26 Mei 2018|publisher=''[[Harian Metro]]''}}</ref> Tania juga aktif dalam iklan komersial dan mula aktif ketika umur 18 tahun. Antara iklan yang pernah dijayakannya ialah ialah Kamera Ixus, F&N, [[Hotlink]], Seawhite Skincare.<ref>{{cite news|url=http://cosmopolitan.my/7-perkara-kamu-perlu-tahu-tentang-tania-hudson/|title=7 Perkara Kamu Perlu Tahu Tentang Tania Hudson|author=|publisher=Cosmopolitan Malaysia|date=21 Disember 2016|accessdate=1 Januari 2017}}</ref>
 
Tania memegang watak judul dalam siri drama ''[[Mayang Mengurai (drama)|Mayang Mengurai]]'' yang disiarkan di [[TV3]] dari 12 Januari hingga 11 Februari 2010.<ref>{{cite news|url=http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0118&sec=Hiburan&pg=hi_03.htm|title=Mayang Mengurai, Rapunzel Melayu|author=Raja Intan Dianna Raja Azaham|date=18 Januari 2010|accessdate=8 Julai 2018|publisher=''[[Utusan Malaysia]]''}}</ref> Beliau membuat penampilan pertamanya di layar lebar menerusi filem aksi 2014, ''[[Balistik (filem)|Balistik]]'' lakonan [[Rosyam Nor]] dan [[Rita Rudaini]].<ref>{{cite news|url=http://www.karangkraf.com/mobile/berita/tania-hudson-tidak-pilih-watak-1.566618|title=Tania Hudson tidak pilih watak|author=Naufal Idris|accessdate=12 Mei 2017|publisher=[[Karangkraf]]}}</ref>
 
Tania digandingkan bersama [[Zizan Razak]] dalam filem aksi komedi ''[[Abang Long Fadil 2]]'' arahan [[Syafiq Yusof]],<ref>{{cite news|url=https://www.bharian.com.my/node/112871|title=Tania Hudson tak tahan usikan Zizan Razak|author=Zaidi Mohamad|publisher=[[Berita Harian]]|date=10 Januari 2016|accessdate=29 Mei 2018}}</ref> memegang watak sebagai Yana, wartawan TVKL.<ref>{{cite news|url=http://www.gempak.com/artikel/6259/jadi-wartawan-penyiaran-tania-hudson-hanya-belajar-dari-youtube|title=Jadi 'Wartawan Penyiaran', Tania Hudson Hanya Belajar Dari Youtube|author=|publisher=Astro Gempak|date=22 Ogos 2017|accessdate=1 Januari 2018}}</ref><ref>{{cite news|url=http://www.utusan.com.my/hiburan/tania-sedia-lakonan-dikritik-1.515967|title=Tania sedia lakonan dikritik|author=|publisher=[[Utusan Malaysia]]|date=12 Ogos 2017|accessdate=26 Mei 2018}}</ref> Filem ini ditayangkan pada 24 Ogos 2017 hingga meraih kejayaan komersial, dan turut menyaksikan kemunculan semulanya dalam bidang lakonan.<ref>{{cite news|url=https://www.hmetro.com.my/node/150959|title=Tania kembali aktif|author=Ridzuan Abd Rahman|date=11 Julai 2016|publisher=[[Harian Metro]]|accessdate=22 Jun 2018}}</ref> Persembahannya dalam filem ini melayakkan Tania tercalon bagi kategori Pelakon Harapan Wanita di [[Festival Filem Malaysia ke-29]].<ref name="Natasha Hudson masih mahu">Izwan Mohd Isa (26 September 2017). [http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0926&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_02.htm Natasha Hudson masih mahu berlakon] ''[[Kosmo!]]''. Dicapai pada 27 Jun 2018.</ref> Beliau kembali meneruskan kerjasama bersama Syafiq menerusi filem aksi jenayah yang meraih kutipan pecah panggung, ''[[KL Special Force]]'' lakonan [[Syamsul Yusof]], [[Fattah Amin]] dan [[Rosyam Nor]]. Tania memegang watak sebagai Mia, tunang kepada Inspektor Zul lakonan Fattah.<ref name="Tania wants to do">{{cite news|url=https://www.star2.com/entertainment/2018/03/26/tania-hudson-kl-special-force/|title=Tania Hudson wants to do more action movies|author=Angelin Yeoh|date=26 Mac 2018|accessdate=2 April 2018|publisher=''Star2''}}</ref>
 
==Kehidupan peribadi==