Sharifah Amani: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 68:
 
==Kontroversi==
Amani pernah bergelar Pelakon Harapan Wanita menerusi ''[[filem Sepet|Sepet]]'' pada [[Festival Filem Malaysia]] ke-18 (FFM18). Amani atau lebih mesra sebagai Nani dinobatkan pula sebagai Pelakon Wanita Terbaik menerusi [[filem Gubra]]. Sepet dan Gubra adalah arahan [[Yasmin Ahmad]]. Pada majlis ini juga tercetusnya kata-kata "It sound stupid when I speak in Malay" ketika dia hendak memberi ucapan setelah memenangi anugerah ini. 'Publicity Stunt' ini mendapat liputan yang meluas sehingga mengundang komen-komen orang-orang kenamaan tertutamanya Menteri Kebudayaan, Dato' Seri Utama [[Rais Yatim]] sehingga menggelarkan dirinya amat kurang ajar. Namun, selang beberapa hari selepas insidennya itu, Sharifah Amani telah memohon maaf terhadap ketelanjuran kata-katanya. Namun, disebalik kontroversi tersebut beliau sebenarnya mencipta rekod sebagai pemenang termuda untuk kategori [[Pelakon Wanita Terbaik (FFM)]] kerana memenanginya ketika berusia 20 tahun, menewaskan rekod [[Erma Fatima]] (22 Tahun).<ref>{{Cite web|url=http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0815&pub=utusan_malaysia&sec=dalam_negeri&pg=dn_01.htm|title=Kenapa saya berucap bahasa Inggeris|date=15 August 2006|website=Utusan Online|access-date=2016-06-14}}</ref>
Pada tahun 2007, sekali lagi nama Amani mencetuskan kontroversi. Kali ini beliau dikecam apabila mengambil keputusan untuk membotakkan kepala bagi menenuhi tuntutan watak Rohani dalam filem [[Muallaf]] arahan Yasmin. Menerusi filem tersebut, Rohani digambarkan menjadi mangsa penderaan bapanya yang pemabuk dan mencukur rambut Rohani sehingga luka. Pelbagai pihak termasuk Majlis Agama Islam turut menegur keputusan Amani untuk melakonkan babak itu. Menerusi peranannya dalam ''Muallaf'', beliau dicalonkan di beberapa festival antarabangsa termasuk Festival Filem Asia Pasific untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik tetapi filem itu tidak dipertandingkan di Festival Filem Malaysia.
Tahun 2010 ketika berlangsungnya acara [[Anugerah Skrin 2010]] pada 24 Disember, Menerusi filem ''Muallaf'', Amani menerima anugerah untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik Filem yang mana ketika naik ke pentas menerima anugerah, penyampai anugerah Seniman [[Aziz Sattar]], aktres [[Erra Fazira]] dan [[Eja]] bergurau mengenai pakaian artis yang menjolok mata. Amani ketika itu menggayakan gaun malam fesyen kemban berwarna putih dan kainnya belah paras lutut. Keesokkan harinya, di dada dada akhbar Rais Yatim mengegur cara berpakaian setiap artis yang hadir. Sehubungan dengan itu Kumpulan Media Prima Berhad digesa supaya membuat penilaian semula berhubung etika berpakaian dalam majlis anugerah anjurannya berikutan kekecewaan beberapa pihak mengenai artis wanita berpakaian tidak sopan dan seksi. Biarpun bukan Amani seorang yang berpakaian seksi, namun nama beliau tetap terpalit kontroversi.
Namun dalam acara tersebut Amani muncul cemerlang apabila dua buah produksi lakonannya iaitu filem ''Muallaf'' dan drama TV ''Antara Garisan'' meraih anugerah Filem Terbaik dan Drama Terbaik. Amani berucap ketika mewakili produksi ''Muallaf'' menyeru penggiat seni dan peminat agar menghargai insan seni yang masih aktif berkarya semasa hayat masih ada. Beliau berkata demikian untuk merujuk kepada penghargaan yang diterima oleh pengarah filem Yasmin Ahmad setelah kematiannya.