Seelan Paul: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Menambah rujukan.
Baris 23:
Seelan memulakan kerjaya awalnya sebagai guru Pendidikan Jasmani. Kerjaya radio beliau bermula dengan berkhidmat sebagai penyampai radio di stesen radio swasta pertama negara, [[Era (stesen radio)|Era]] semasa stesen radio itu memulakan siarannya pada 1 Ogos 1998, dan berkhidmat selama 7 tahun. Beliau merupakan antara barisan penyampai terawal Era termasuk [[Halim Othman]], [[Faizal Ismail]], [[Khairil Rashid]], [[Linda Onn]], David Low, Subarma Mokhtaruddin, [[Jamal Jamaluddin]], [[Nadira Azizan]], [[Kudsia Kahar]] dan [[Najman Mohamed]].
 
Seelan memulakan kerjaya lakonan dengan membintangi filem ''[[Trauma (filem)|Trauma]]'' (2004) arahan [[Aziz M. Osman]] dan ''[[Potret Mistik]]'' (2005) arahan [[Abdul Razak Mohaideen]].
 
Beliau menyertai [[Media Prima]] pada 1 Ogos 2005. Pada 2009, beliau memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Operasi dan seterusnya dinaik pangkat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Radio Media Prima pada tahun 2011. Beliau dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima pada 30 Disember 2013.<ref>{{cite news|url=http://ww1.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131230/hi_08/Seelan-Paul-dilantik-COO-Rangkaian-TV-Media-Prima|title=Seelan Paul dilantik COO Rangkaian TV Media Prima|author=|publisher=[[Utusan Malaysia]]|date=30 Disember 2013|accessdate=7 Ogos 2018}}</ref> Beliau juga pernah mengacarakan rancangan ''Kaki Bola'' di [[TV9]].<ref>{{cite news|url=https://www.budiey.com/kieran-seelan-paul-hos-program-bual-bicara-kaki-bola/|title=Kieran & Seelan Paul Hos Program Bual Bicara KAKI BOLA|author=Budiey|publisher=Sensasi Selebriti|date=6 Januari 2012|accessdate=8 Ogos 2018}}</ref>