Sekkizhar: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Baris 5:
== Kelahiran dan Kehidupan ==
Nama asal Sekkizhar ialah [[Arulmozhithevan]], yang bermaksud "Ketua Bahasa Suci".[3][4][5] Beliau berasal dari kampung Kundrathur, sebuah bahagian di Puliyur-kottam di Thondaimandalam.[2][6] Sekkizhar seorang kanak-kanak yang amat pintar. Melihat kepintaran luarbiasanya, Raja [[Anapaya]], iaitu [[Kulothunga Chola II]] melantiknya sebagai Perdana Menteri.[7] Riwayat hidupnya disanjung oleh [[Umapati Sivacharya]] dalam karyanya dalam kurun keempat belas (1313 S.M.) yang dikenali sebagai [[Sekkizhar Nayanar Puranam]].[8] Ulang tahun hari kelahiran Sekkizhar disambut dengan meriah dalam bulan Vaigasi.[9]
 
Sekkizhar mendapat pendidikan dalam kedua-dua [[Veda]] dan Agama.
 
== Kompilasi Periya Puranam ==
Kulothunga Chola II, ketika itu masih lagi seorang raja muda dan seorang pemuja setia [[Mahadeva|Siva]]. Baginda meneruskan dengan kerja-kerja pembinaan pusat [[Saivisme]] Tamil di [[Chidambaram]] yang telah dimulakan oleh raja-raja [[Chola]] sebelumnya.[10][11] Pada masa yang sama, baginda amat ketagih dengan kitab erotik, [[Jivaka Chintamani]]. Sekkizhar. Menyedari kelemahan Kulothunga, Sekkizhar menasihatkan baginda untuk mengalihkan perhatian kepada riwayat hidup pengikut-pengikut [[Mahadeva|Siva]] seperti yang diceritakan oleh [[Sundarar]] dalam [[Tiruthondar Thogai]].[12]
 
Maka, raja itu menjemput Sekkizhar untuk mengarang riwayat orang-orang alim Saivisme sebagai suatu maha karya. Dengan pengetahuan mendalamnya dalam Veda dan Agama, Sekkizhar menghasilkan karya Periya Puranam yang merakamkan kehidupan enam puluh tiga Nayanmar. Beliau sendiri menyanyikan maha karya ini di Dewan Seribu Tiang (Ayiram Kaal Mandapam) di kuil Chidambaram. Ini meningkatkan lagi kepopularan agama Saivisme pada zaman Chola.
 
Menurut tradisi, ketika Sekkizhar sedang duduk termenung di kuil Chidambaram memikirkan bagaimana hendak memulakan karyanya, Siva muncul dan memberikan ayat pertamanya:
{| class="wikitable"
|''Ulakellam unarnthu otharkku ariyavan''
 
''Nilavulaviya neermali veniyan''
 
''Alakil sothiyan ambalatthu aaduvan''
 
''malar chilambadi vaazhthi vanakuvom''
|
|}
Amat teruja dengan bacaan ayat-ayat Periya Puranam, Kulothunga Chola II membawa maha karya itu bersama Sekkizhar di atas gajah diraja dalam perarakan mengelilingi Chidambaram. Di sepanjang perarakan ini, Kulothunga Chola memegang kipas Camara untuk menggipas Sekkizhar. Mahakarya ini menjadi sumbangan utama pemerintahan Kulothunga Chola II. Periya Puranam ternyata menjadi mercu keagungan kesusasteraan zaman Chola. Karya ini juga telah mendapa tempat pertama dalam Purana berbentuk hagiografi dalam Tamil. Periya Puranam juga menjadi buku kedua belas belas dan terakhir dalam Tirumurai.