Sandu Ciorbă: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Asraf14 (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan ''''Alexandru Ciorbă''', atau lebih dikenali sebagai '''Sandu Ciorbă''' ialah seorang penyanyi berbangsa Orang Roma Romani dar...'
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 06:18, 28 November 2018

Alexandru Ciorbă, atau lebih dikenali sebagai Sandu Ciorbă ialah seorang penyanyi berbangsa Orang Roma Romani dari Cluj-Napoca, Romania, yang mendendangkan lagu-lagu rentak etnik muzik tradisional Romani.

Pada tahun 2013 beliau telah menjadi seorang selebriti YouTube di Poland. Penonton warga Poland tertarik dengan muzik video beliau yang dianggap sebagai video muzik jenaka berentak manele, yang telah mengaut jutaan tontonan hasil sumbangan warga Poland.[1] Hampir 90% pengulas di videonya adalah hasil tulisan penonton yang berbahasa Pola. Fenomena ini boleh disimpulkan oleh satu ulasan berbahasa Pola di video "Dalibomba": "Video ini sangat aneh, tapi saya tetap akan menonton untuk kelima kalinya." [2] (Templat:Setakat tahun, "Dalibomba"[3] menerima tontonan lebih daripada 31 juta) Tajuk video yang tular tersebut lantas diterjemahkan ke bahasa Pola sebagai "Wielka dzika bomba" ("Bom Besar Tersesat"), yang sangat berpadanan dengan kandungan lagu tersebut.[1] Pada tahun 2015, media Romania menguar-uarkan pendapat mereka berkenaan hasil tulisan Huffington Post UK yang secara berseloroh menobatkan "Pe cimpoi" ("Ke Cimpoi" atau "Oleh Cimpoi"; menerima tontonan 28 juta[4]) " sebagai video yang terpelik seantero Internet".[5][6] Rentak lagu "Pe cimpoi" mempunyai irama yang sama dengan lagu rakyat Transilvania.[1]

Lagu berentak jenaka nukilan Ciorbă ini hanyalah sebahagian daripada hasil kerjanya. Beliau telah bekerjasama dengan seorang penyanyi manale bernama Nicolae Guță.[1] Lagu-lagu nukilannya pernah dimainkan di beberapa filem tempatan. Sandu Ciorbă juga turut bekerjasama dengan studio muzik yang menghasilkan muzik-muzik Romani, Produksi Viper.[7]

Senarai Karya

  • 2015: Raja Muzik Gipsi, Produksi Viper, iTunes[8]
  • 2017: Fără adversari Vol.5 (bersama Nicolae Guță), Produksi Viper, iTunes [9]
  • 2012: Fără adversari Vol.4 (bersama Nicolae Guță), Produksi Viper, iTunes [10]
  • 2008: Fără adversari Vol.3 (bersama Nicolae Guță), Produksi Viper, iTunes [11]
  • 2007: Fără adversari Vol.2 (bersama Nicolae Guță), Produksi Viper, iTunes [12]

Sesetengah lagu yang dihasilkan oleh Sandu Ciorbă turut disertakan di dalam koleksi muzik Roma oleh Produksi Viper.

Karya Perfileman

Lagu-lagu Sandu Ciorbă pernah dimainkan di dalam beberapa filem.

Rujukan

  1. ^ a b c d "Wielka, dzika bomba", oleh Witt Wilczyński, 1 April 2013
  2. ^ INTERIA.PL. "Sandu Ciorba: Rumuński Weekend?".
  3. ^ Dalibomba di YouTube
  4. ^ Pe cimpoi di YouTube
  5. ^ "VIDEO „Huffington Post": „Pe cimpoi" a artistului Sandu Ciorba, nominalizare pentru „cel mai ciudat videoclip" de pe internet".
  6. ^ "Music Videos Are Different In Romania", by Ryan Barrell, The Huffington Post UK
  7. ^ (www.autoportret.ro), Autoportret.RO. "Despre-viper-production - Viper Production". www.viper-production.ro.
  8. ^ "King of Gipsy Music by Sandu Ciorba on iTunes". 3 July 2015.
  9. ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-25. Dicapai pada 2018-01-24. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)CS1 maint: archived copy as title (link)
  10. ^ "Fara adversari Vol.4 by Nicolae Guta & Sandu Ciorba". 17 December 2012.
  11. ^ ""Smechera" from Fara Adversari Vol. 3 by Nicolae Guta & Sandu Ciorba on iTunes". 1 December 2008.
  12. ^ ""Cine e la Mine-n Gand" from Fara Adversari Vol. 2 by Nicolae Guta & Sandu Ciorba on iTunes". 1 December 2007.
  13. ^ "Charlie Countryman (2013)" – melalui www.imdb.com.
  14. ^ Liberté original soundtrack (Liberté ialah tajuk berbahasa Perancis bagi filem Korkoro)
  15. ^ "Transylvania (2006)" – melalui www.imdb.com.

Pautan Luar