Transilvania (juga Ardeal; Hungary: Erdély; Bahasa Jerman: Mengenai audio iniSiebenbürgen ; Bahasa Bulgaria: Трансилвания; Serbia: Трансилванија / Serbia: Transilvanija atau Serbia: Ердељ / Serbia: Erdelj; Latin: Transsilvania) merupakan satu wilayah bersejarah yang terletak di bahagian barat negara Romania. Pada awal sejarah, wilayah Transilvania menyertai wilayah Dacia, Empayar Rom, empayar Hun, kerajaan Gepid[1] dan Empayar Bulgaria[2]. Wilayah tersebut dikelilingi oleh Alp Transilvania dan Pergunungan Karpatos. Wilayah itu mulanya di bawah penguasaan Kerajaan Rom selepas 107 M, kemudiannya di bawah orang-orang Jerman dan seterusnya di bawah kerajan Hungary pada tahun 1003. Wilayah tersebut menjadi kerajaan autonomi di bawah empayar Uthmaniyyah pada tahun 1571, sebahagian dari Monarki Habsburg pada tahun 1711, lalu kembali menjadi sebahagian dari kerajaan Hungary pada tahun 1867, dan sebahagian dari Kerajaan Romania setelah Perang Dunia Pertama. Bandar utama Transilvania, Cluj-Napoca, kini dianggap sebagai ibukota wilayah ini. Transilvania telah di jajahi oleh beberapa kerajaan untuk berabad lamanya dan akhirnya sekarang di bawah Romania semenjak Perang Dunia Kedua.

Peta Romania dengan wilayah Transilvania (berwarna kuning).

Rujukan

sunting
  •   Rencana ini menggabungkan dan menterjemah teks dari penerbitan sekarang di domain awamChisholm, Hugh, penyunting (1911). Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-11). Cambridge University Press. Missing or empty |title= (bantuan)
  1. ^ Béla Köpeczi (editor). "History of Transylvania". Atlantic Research and Publications, Inc. Dicapai pada 2007-01-29.CS1 maint: extra text: authors list (link)
  2. ^ http://mek.oszk.hu/03400/03407/html/49.html

Senarai pustaka

sunting

Pautan luar

sunting

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.