Kuala Lumpur: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kacha Permata (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 104:
Pada tahun 1881, berlakunya malapetaka kebakaran besar disusuli banjir besar, memusnahkan struktur kayu atap bangunan-bangunan Kuala Lumpur. [[Residen British]] di Selangor, [[Frank Swettenham]], bertindak dengan mewajibkan semua bangunan dibina daripada batu-bata dan jubin sahaja.<ref name="Britannica"/>
 
[[Kapitan Cina|Kapitan]] [[Yap Ah Loy]] telah membeli hartanah di sebuah tanah pinggiran kota dan menyarankan penghasilan batu-bata untuk pembinaan semula kota Kuala Lumpur. Tempat tersebut kini dikenali [[Brickfields]]. Kesannya, bangunan-bangunan atap daun nipah telah digantikan batu-bata. Kebanyakan bangunan batu-bata baru menyerupai rumah kedai di China Selatan, dengan ciri-ciri "[[kaki lima]]" dan juga hasil kemahiran pertukangan kayu Cina, maka menyerlahkan seni bina eklektik [[rumah kedai]] tersendiri yang biasa terdapat di rantau ini. Pengangkutan ke bandar ini dipermudahkan lagi dengan landasan keretapi. Selepas itu, Kapitan Yap Ah Loy telah membelanja wang sejumlah $20,000 untuk membina jalan raya. Jalan-jalan tersebut merangkumi [[Jalan Ampang]] (''Ampang Road''), [[Jalan Pudu]] (''Pudoh Road''), [[Jalan Petaling]] (''Petaling Street'') yang kini merupakan arteri utama kota KL. Sekolah pertama Kuala Lumpur juga diasaskan sekitar masa ini oleh Kapitan Yap Ah Loy. Sebagai [[Kapitan Cina]], kuasa dikurniakannya setaraf pembesar Melayu, beliau menggubal pelbagai undang-undang dan peraturan dan menyusun semula struktur penempatan.
 
Di samping itu, perkilangan tepung ubi dibangunkannya di Jalan Petaling. Sultan Selangor [[Sultan Abdul Samad]] mempunyai kepentingan dalam projek tersebut. Beliau juga telah menegakkan keamanan dan ketenteraman kota dengan bantuan hanya 6 orang polis. Kapitan telah membina penjara besar yang mampu memuatkan 60 tahanan pada suatu masa.<ref>{{cite web |url=http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=247768 |accessdate=6 Oktober 2011| title = Yap Ah Loy}}</ref> Beliau juga menggalakkan orang Melayu berusaha padi di sekitar kota untuk menampung pembangunan kota. Dengan inilah, asas yang kukuh telah disediakan untuk pembangunan pesat Kuala Lumpur berikutnya. Berikutan kepesatan pembangunan pada 1890-an, maka wujudnya sebuah Lembaga Kebersihan (''Sanitary Board''). Pada tahun 1896, kejayaan Yap Ah Loy membangun kota menyebabkan Kuala Lumpur dipilih sebagai ibu negara [[Negeri-Negeri Melayu Bersekutu]] yang baru. Kuala Lumpur turut dinamakan ibu negara Persekutuan Malaysia yang berdaulat.<ref>{{cite web |work=Nation History |publisher=Perpustakaan Negara Malaysia |title=The Federated Malay States (1896) |url=http://sejarahmalaysia.pnm.my/portalBI/detail.php?section=sm01&spesifik_id=437&ttl_id=60 |accessdate=2007-12-06}}</ref><br clear="left" />