Nasi Lemak Kopi O: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Pengemasan.
Baris 56:
''Nasi Lemak Kopi O'' mula ditayangkan secara langsung bermula Jumaat 4 April 2008, telah berjaya mendapat tempat dalam hati ramai peminatnya dengan topik-topik yang berkesan dan pendekatan berbeza. Mampat dengan isu hangat diperkatakan pada masa kini, penonton sekeluarga memberi sepenuh perhatian kepada [[Aziz Desa]], Sharifah Shahirah, [[Farah Diana Anuar]], Farah Adeeba Mohd Ashraf, Sharifah Nur Syed Ali dan Abu Talib Husin yang begitu handal mengendalikan rancangan ini.<ref>[https://www.hmetro.com.my/node/46902 NLKO semakin menarik] ''[[Harian Metro]]'' (28 April 2015). Diperoleh pada 3 Disember 2015.</ref>
 
Sempena tahun baru ini, Nasi Lemak Kopi O juga tidak ketinggalan untuk meningkatkan mutunya dari segala segi untuk kepuasan penonton TV9. Selain memperkenalkan dua pengacara baru iaitu Fatin (Gadis Melayu 3) dan AG[[Muhammad HotfmAzmr Selamat|AG]], NLKO yang bersiaran pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad selama dua jam mulai 8 pagi ini akan menampilkan segmen-segmen baru yang lebih segar dan informatif.
 
Mulai 28 Januari 2011, setiap hari siaran mempunyai kekuatan segmennya tersendiri iaitu kesihatan fizikal dan spiritual pada hari Jumaat menerusi ‘Penyakit Orang Kampung’ dan 'Syifa’; ‘Cuba Je’ dan ‘Nostalgia Nostalgia’ pada hari Sabtu dan keprihatinan serta kasih sayang pada hari Ahad menerusi ‘Hentikan Tangisan’. NLKO diterajui oleh Wan Sabariah Shikh Ali sebagai Penerbit Eksekutif bersama tiga penerbit berpengalaman, Kamaruzz’ain Abdul Kadir, Nur Irjuana Mohd Ishar dan Tuan Norazimah Tuan Mohamad.
Baris 62:
Berikut adalah segmen-segmen baru dan sedia ada mengikut hari siaran: Setiap hari Jumaat, 8 pagi Aziz Desa, Farah Anuar dan Fatin (GM3) akan menyingkap kembali Berita Seminggu serta memaparkan cadangan tempat percutian kos murah untuk sekeluarga dan juga diari pelancongan di seluruh negara untuk berbagai aktiviti pelancongan dan kebudayaan dalam Jom Cuti/Diari Pelancongan. Dengan adanya segmen pelancongan sebegini, ia memudahkan orang ramai untuk membuat rancangan pelancongan pada hujung minggu.
 
Segmen Lensa 9 memberikan laporan berita terkini untuk informasi semua manakala Diari NLKO pula mengetengahkan perbincangan isu semasa dan pengumuman kepentingan awam (PSA) di negara ini. Untuk menyelami ilmu pengetahuan tentang buku-buku, satu ruangan Sinopsis diperkenalkan bagi menggalak penonton membaca buku dengan cara yang lebih menarik di mana penulis sendiri akan membaca chapterbab buku terbaru. Penonton juga boleh menyertai kuiz buku dan berpeluang untuk memenangi pelbagai cenderamata eksklusif dari TV9.
 
NLKO mendekati penonton sebenar TV9 dalam Penyakit Orang Kampung dan berkongsi pengalaman hidup mereka yang mengalami penyakit unik yang lazimnya hanya berlaku di kampung, misalnya disebabkan banjir seperti kudis buta, kurap air, begok atau kayap ular. Segmen ini dilengkapkan dengan pandangan pengamal perubatan moden dan tradisional dalam menangani penyakit-penyakit ini. Lebih menarik lagi, penonton boleh menyaksikan pelakon terkenal tanah air, [[Ashraf Muslim]], dalam Syifa’ Bersama Ashraf Muslim di mana dia akan berikthiar untuk mengenal pasti dan merawat penyakit menerusi doa dan penawar Al-Quran. Tujuannya bukan untuk menawarkan ubat atau rawatan tetapi untuk memberi informasi mengenai al-Quran sebagai sumber penawar dan ketenangan minda yang lebih mujarab.
 
Setiap hari Sabtu, 8 pagi NLKO yang dihoskan oleh Sharifah Nur, Abu Talib Husin dan Fatin (GM3) pada hari Sabtu ini pula akan memberi penekanan terhadap dunia seni tanah air dalam Filem & Teater. Ia akan memberi senarai filem terbaru, wawancara bersama penggiat teater dan filem tempatan serta kuiz beserta hadiah yang berkenaan dengan filem-filem yang dipromosikan pada hari tersebut. Dalam segmen Cuba Je! pula, Wan Sakinah dan Kamaruza’ain akan menjelajah ke kampung untuk mencari makanan yang pelik dan jarang didapati, antaranya yang akan dipaparkan adalah masak kurma otak kerbau dan gulai lemak kulit rambai. Tahukah Anda merupakan sebuah kapsul mengenai alam sekitar yang berkenaan dengan barangan yang digunakan dalam kehidupan seharian seperti info tentang jangka hayat kosmetik, kesan pencuci pinggan mangkuk dan tempat paling sesuai untuk membuang barangan elektrik lama. Selain memantapkan lagi ilmu pengetahuan am, orang ramai juga boleh sama-sama bergabung tenaga untuk memperindahkan alam sekitar.