Antartika: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kacha Permata (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 34:
Meskipun terdapat mitos dan spekulasi tentang sebuah ''Terra Australis'' ("Tanah Selatan") sejak zaman silam, namun laporan pertama yang disahkan tentang benua tersebut pada umumnya diterima berlaku pada tahun 1820 oleh satu ekspedisi Rusia yang diketuai Fabian Gottlieb von Bellingshausen dan Mikhail Lazarev menggunakan kapal yang dikenali sebagai ''Vostok'' dan ''Mirny''. Benua tersebut bagaimanapun tidak mendapat perhatian sehingga abad ke-19 berikutnya kerana persekitaran yang teruk, kekurangan sumber, dan lokasinya yang jauh terasing. Nama "Antartika" (berakar dari istilah bahasa Yunani ἀνταρκτική, "berlawanan dengan utara") sebagai nama rasmi benua ini pertama kalinya digunakan pada tahun 1890 oleh pelukis peta Scotland bernama John George Bartholomew.
 
[[Sistem Perjanjian Antartika|Perjanjian Antartika]] ditandatangani pada tahun 1959 oleh 12 negara, dan setakat ini, 49 negara telah menandatangani perjanjian itu. Perjanjian tersebut melarang kegiatan ketenteraan, perlombongan atau pengeluaran mineral, ujikajiuji kaji nuklear, pelupusan sisa nuklear, dan menyokong penyelidikan saintifik serta melindungi ecozone di benua itu. Terdapat lebih 4,000 saintis dari pelbagai negara yang menjalankan penyelidikan berterusan benua tersebut.
 
== Iklim ==